Lipas Semakin Berkeliaran Dan Membiak Di Rumah? Guna Bahan 2 Bahan Ini, Auto Lipas Akan Mati

Share

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengadu lipas semakin berkeliaran di rumah dan tandas mereka.

Malah habis kotak-kotak kasut dan kotak simpan barang di dalam stor dimakan oleh lipas. Telur-telur lipas pula semakin banyak terutamanya di tempat yang jarang dibuka.

Sudah pelbagai cara dilakukan, namun lipas-lipas ini masih ada berkeliaran malah berterbangan di dalam rumah sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Nah! Cuba petua ini. Ianya telah dikongsikan oleh Iza Abu Bakar yang telah mengamalkan cara ini sejak bertahun lamanya.

Paling menarik, ianya hanya menggunakan 2 bahan yang selalu berada di dapur anda.

CARA CARANYA :
Mudah je, korang campurkan kedua dua bahan ini dalam satu bekas. Gaul sebati.

BAHAN BAHAN :
* 1 sudu makan gula
* 1 sudu makan baking soda

Kemudian korang letak la bekas ni kat tempat gelap yang menjadi laluan lipas.

Ataupun korang boleh je taburkan campuran bahan ni atas laluan lipas tu.

NOTA PETUA : Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap.

Selamat Mencuba!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club