cute mother teaching kid boy teeth brushing

Menjaga kebersihan mulut biasanya kita diajar sejak daripada kecil untuk  memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Pun begitu, kita jangan lupa untuk pastikan berus gigi yang digunakan juga sewajarnya bersih.

Lipas Atau Cicak Suka Sangat ‘Sentuh’ Ni, Tu Sebab Dr Ni Saran Bilas Dulu Sebelum Guna!

Selain berus gigi perlu diganti dalam tempoh masa tertentu, bahkan setiap hari sebelum menggunakannya perlu  pastikan berus gigi tersebut  yang terletak di dalam bilik air adalah bersih.

Namun tidak semua sedar kemungkinan berus gigi sebenarnya  terdedah daripada menerima ‘sentuhan’ daripada serangga seperti lipas mahu pun cicak.

Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang doktor gigi bernama Dr. Mohd Khairul Izwan yang menasihatkan agar perlu dibilas terlebih dahulu berus gigi sebelum digunakan.

IKLAN

Untuk mengetahui lanjut, baca perkongsian di bawah ini.

Tahukah anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum anda mula memberus gigi adalah dengan membilas terlebih dahulu berus gigi anda dengan air selama beberapa saat?

Langkah ini penting terutama jika berus gigi anda tidak mempunyai penutup yang khusus dan dibiarkan secara terbuka di rak penyimpanan di dalam bilik air.

IKLAN
Lipas Atau Cicak Suka Sangat ‘Sentuh’ Ni, Tu Sebab Dr Ni Saran Bilas Dulu Sebelum Guna!
Gambar hiasan

Ini kerana kita tidak tahu mungkin ada haiwan seperti cicak atau lipas yang suka bersembunyi di tempat yang lembab seperti di bilik air telah “menyentuh” berus gigi anda ketika anda tidak menggunakannya.

Jadi demi memastikan kebersihan, pastikan anda bilas berus gigi anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya ya.

Lipas Atau Cicak Suka Sangat ‘Sentuh’ Ni, Tu Sebab Dr Ni Saran Bilas Dulu Sebelum Guna!
Gambar hiasan

Jika berus gigi anda mempunyai penutup khusus, itu adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya berus gigi anda terlindung daripada “usikan” cicak serta lipas yang suka berkeliaran di dalam rumah.

IKLAN

Oh ya lagi satu jangan lupa untuk menukar berus gigi anda setiap 3 bulan sekali atau apabila bulu berus gigi anda sudah kembang tau.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Dr Mohd Khairul Izwan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI