
Menjaga kebersihan mulut biasanya kita diajar sejak daripada kecil untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Pun begitu, kita jangan lupa untuk pastikan berus gigi yang digunakan juga sewajarnya bersih.
Selain berus gigi perlu diganti dalam tempoh masa tertentu, bahkan setiap hari sebelum menggunakannya perlu pastikan berus gigi tersebut yang terletak di dalam bilik air adalah bersih.
Namun tidak semua sedar kemungkinan berus gigi sebenarnya terdedah daripada menerima ‘sentuhan’ daripada serangga seperti lipas mahu pun cicak.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang doktor gigi bernama Dr. Mohd Khairul Izwan yang menasihatkan agar perlu dibilas terlebih dahulu berus gigi sebelum digunakan.
Untuk mengetahui lanjut, baca perkongsian di bawah ini.
Tahukah anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum anda mula memberus gigi adalah dengan membilas terlebih dahulu berus gigi anda dengan air selama beberapa saat?
Langkah ini penting terutama jika berus gigi anda tidak mempunyai penutup yang khusus dan dibiarkan secara terbuka di rak penyimpanan di dalam bilik air.

Ini kerana kita tidak tahu mungkin ada haiwan seperti cicak atau lipas yang suka bersembunyi di tempat yang lembab seperti di bilik air telah “menyentuh” berus gigi anda ketika anda tidak menggunakannya.
Jadi demi memastikan kebersihan, pastikan anda bilas berus gigi anda terlebih dahulu sebelum menggunakannya ya.

Jika berus gigi anda mempunyai penutup khusus, itu adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya berus gigi anda terlindung daripada “usikan” cicak serta lipas yang suka berkeliaran di dalam rumah.
Oh ya lagi satu jangan lupa untuk menukar berus gigi anda setiap 3 bulan sekali atau apabila bulu berus gigi anda sudah kembang tau.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Mohd Khairul Izwan
Makan Barli Pengganti Nasi, Dr Ni Sarankan Buat Pesakit Diabetes!

Tahukah anda barli mempunyai banyak khasiat dan bukan sahaja enak dijadikan air minuman mahupun bubur barli semata-mata.
Bahkan tidak hairanlah sehinggakan doktor ini menyarankan untuk dijadikan sebagai makanan harian untuk pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi.
Nak tahu lanjut tentang kebaikan barli, ini perkongsiannya.
MAKAN BARLI PENGGANTI NASI
Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.
Banyak manfaat barli, antaranya:
1. Merawat kencing kotor
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.
Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini melambatkan proses penuaan.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Semoga bermanfaat.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Susu Lembu Memang Bagus Tapi Tak Semua Orang Sesuai Minum, Sebab Itu Penting Baca Label Sebelum Beli

Isi Kandungan
ToggleSusu Lembu Memang Bagus Tapi Tak Semua Orang Sesuai Minum, Sebab Itu Penting Baca Label Sebelum Beli
Susu lembu memang bagus diamalkan dalam diet harian setiap hari. Ia dapat membantu tumbesaran terutama jika diamalkan sejak dari kecil lagi. Golongan remaja juga perlu minum susu setiap hari untuk perkembangan jaringan tubuh.
Dengan membina tulang yang kuat menerusi amalan pengambilan susu, anda boleh aktif dan membabitkan diri dengan aktiviti sihat atau lasak seperti bersenam, mendaki bukit, berbasikal dan sebagainya.
Manfaat susu bagi orang dewasa atau usia produktif pula lebih kepada memelihara sel dan jaringan dalam tubuh. Ia juga bermanfaat sebagai pencegahan penyakit seperti osteoporosis, kanser usus besar dan sebagainya.

Manakala bagi mereka yang lanjut usia, pengambilan menu harian tidak lagi sama seperti ketika usia masih muda. Tubuh memerlukan protein dan kalsium tambahan untuk melengkapi keperluan harian tubuh.
Kandungan protein lengkap yang terkandung dalam susu dapat membantu kepadatan jisim tulang supaya tidak mudah rapuh atau patah. Walau berapa pun usia anda, jangan abaikan pengambilan susu dalam rutin harian dan pastikan ia diambil dengan secukupnya.
Namun diakui bahawa bukan semua orang boleh minum susu. Hal ini kerana ada sebilangan individu yang tidak sesuai minum susu terutama susu lembu.
EMPAT TANDA TIDAK SESUAI MINUM SUSU LEMBU
Ramai yang percaya bahawa kita mendapat kesihatan yang baik apabila kita minum susu lembu kerana ia membekalkan protein dari kalsium yang tinggi.
Namun begitu tidak semua orang sesuai minum susu lembu. Dikatakan lima peratus orang di dunia ini mempunyai masalah tidak dapat menghadamkan gula dari susu lembu (lactose intolarence).
Simptom bagi masalah penghadaman laktos ini kebiasaannya berlaku dalam tempoh beberapa jam setelah mengambil makanan atau minuman yang mempunyai gula laktos (dari lembu).
Ini termasuklah:
1. Perut berangin (kembung)
2. Perut memulas
3. Cirit-birit
4. Loya dan muntah
Kekerapan simptom bergantung kepada jumlah pengambilan susu dan tahap sensitiviti seseorang terhadap gula laktosa dari susu. Sesetengah dari kita masih mampu meminum sedikit susu tanpa sebarang masalah. Namun ramai yang tidak boleh langsung mengambil susu walau pun sedikit.
BAGAIMANAKAH INTOLERANSI TERHADAP LAKTOSA DIDIAGNOSIS?
Jika anda mengalami simptom-simptom selepas minum susu atau makan produk tenusu atau produk lain yang mengandungi laktosa, agak jelas bahawa anda mempunyai masalah intoleransi laktosa. Kebiasaannya ujian lain tidak diperlukan.
*Akademi Pediatrik Amerika (American Academy of Paediatric) mengesyorkan diet bebas laktosa selama dua minggu jika anda disyaki mengalami intoleransi terhadap laktosa.
*Label makanan perlu diteliti untuk memastikan diet ini benar-benar bebas laktosa.
*Jika simptom hilang semasa tempoh dua minggu berkenaan dan muncul kembali apabila mula mengambil makanan atau minuman berlaktosa, maka anda boleh didiagnosis sebagai intoleransi laktosa.

APAKAH JENIS MAKANAN YANG MENGANDUNGI LAKTOSA?
Makanan mengandungi laktosa termasuk:
*Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
*Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
*Aiskrim.
*Marjerin.
*Roti dan biskut.
*Bijirin sarapan.
*Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
*Susu pekat manis.
*Susu cair.
Laktosa mungkin juga terkandung dalam makanan dengan label makanan berikut:
*Semua jenis susu.
*Gandum dan protein susu (‘whey’ dan ‘casein’).
*Susu tepung.
*Tairu.
Kini terdapat susu yang diproses bagi mereka yang mengalami masalah ini. Baca pada label bagi mengetahui susu yang mana sesuai untuk diminum.
Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad dan myhealth.gov.my
Kopi Bagus Untuk Kesihatan Tapi Jangan Berlebihan. Take Note Nasihat Dr Ini.

Di Malaysia, terdapat dua spesies pokok kopi yang utama, iaitu Coffea arabica dan Coffea robusta. Robusta adalah kopi yang mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi. Ia lebih pahit dan lebih berasid.
Kopi bagus untuk kesihatan terutamanya.
1. Rendahkan risiko mendapat diabetes mellitus.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam
Archives of internal Medicine pada tahun 2009, mendapati pengambilan kopi sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko mendapat diabetes sebanyak 7%.
Kopi mengandungi polyphenol, chlorogenic acid dan caffeic acid yang bersifat antioksidan yang membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah.
2. Rendahkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s dan Parkinson
Dalam kajian diterbitkan dalam journal Nutrition, dikatakan peminum kopi mempunyai 65% lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum kopi untuk mendapat penyakit Alzheimer dan Parkinson.
3. Bertindak seperti stimulant yang merangsang fungsi otak.
Kopi mengandungi kafein yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir. Kafein juga meningkatkan kemampuan fizikal seseorang bagi mengelakkan cepat rasa letih dan lesu.
Kopi juga memberikan kesan positif terhadap mood seseorang dan mengelakkan penyakit kemurungan.
4. Bertindak sebagai anti-keradangan bagi mengelakkan kesan anti- penuaan
Proses penuaan adalah proses yang melibatkan keradangan. Pengambilan kopi secara rutin mampu melambatkan proses ini kerana antioksidan yang dimilikinya.
Sebagai kesimpulan, amalan meminum kopi setiap hari baik untuk kesihatan, namun tetap harus berhati- hati dengan pilihan kopi.
Elakkan kopi 3 in 1, dan pilihlah serbuk kopi atau biji kopi yang perlu di brew sendiri. Hal ini dapat memaksimakan manfaat kopi yang diminum.
Ambillah kopi secara bersederhana. Dos kafein yang disarankan adalah sebanyak 400 mg sehari sehari.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.