Lindungi Keluarga Dengan Dana KWSP, Rugi Kalau Tak Dipertimbangkan!

Share

Sebagai ibu atau ayah kita semestinya mempunyai tanggungjawab untuk terus melindungi anak-anak serta  mahukan yang terbaik buat mereka hingga ke akhir hayat. Namun, kita tidak boleh meramal masa hadapan, sebarang kemungkinan pasti boleh terjadi.

Umpamanya dalam hal kesihatan diri. Sesungguhnya kesihatan itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Wajar untuk kita menjaganya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini kerana apabila diri sihat, kita mampu berkerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Bahkan dengan nikmat kesihatan yang diberikan, segala yang kita ingin lakukan bersama keluarga tercinta tidak akan terbatas.

Tetapi, amalan gaya hidup sihat dan aktif sahaja tidak menjamin anda terlindung daripada sebarang penyakit kritikal atau meninggal dunia pada usia yang masih muda. Malangnya kini, situasi kurang bernasib baik begini tidaklah asing lagi bagi kita.

Oleh itu, bersama kita jadikan peringatan bahawa hidup ini hanyalah sementara tubuh badan yang sihat, ajal dan maut itu adalah ketentuanNya. Apa yang penting, kita cuba usahakan dengan membuat persiapan yang terbaik untuk mereka yang ‘ditinggalkan’ termasuk pasangan dan anak-anak. Meskipun kita sudah ‘tiada’ lagi, namun kehidupan mereka kekal terjamin dan selamat terutamanya daripada menanggung bebanan kewangan seperti hutang dan pembiayaan pendidikan untuk anak-anak khususnya bagi para isteri yang tidak bekerja.

Tahukah anda, selain daripada menabung untuk simpanan masa depan, terdapat satu pelan perlindungan eksklusif untuk anda sebagai ahli KWSP? Anda kini layak untuk mendapatkan perlindungan pelan takaful PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili! Rugi kalau anda tak rebut peluang ini!

Dua produk ini diilhamkan khusus untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga anda terpelihara sekiranya ada ahli keluarga meninggal dunia atau kehilangan keupayaan kekal dan menyeluruh akibat daripada kemalangan atau penyakit kronik. Jika anda ingin tahu, sebenarnya pelan perlindungan takaful yang ditawarkan ini cukup menarik.

Setidak-tidaknya dapatlah anda bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan tanpa perlu anda memperuntukkan komitmen bayaran bulanan. Sebaliknya, bayaran sumbangan tersebut akan dibuat terus melalui akaun KWSP anda dan diperbaharui setiap tahun sehingga umur 75!

Sediakan Payung Sebelum Hujan, Miliki Pelan Takaful Mampu Milik!

Melalui pelan-pelan yang paling mampu milik inilah anda boleh melindungi orang tersayang dengan memberi perlindungan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan walaupun kita tidak lagi berada di sisi mereka. Jom kita fahamkan apa itu PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili!

Banyak manfaat apabila kita menggunakan dana KWSP untuk perlindungan takaful.  Memang berbaloi-baloi! Berikut adalah kebaikan yang perlu anda tahu:

  • Penggunaan dana KWSP untuk mengambil perlindungan takaful adalah sesuatu yang tidak merugikan (perlindungan keluarga dan masa depan)
  • Jumlah sumbangan bulanan tidak membebankan – ditolak terus dari dana KWSP dan tidak mengganggu komitmen gaji bulanan sedia ada
  • Pelan takaful ini merangkumi perlindungan untuk ahli keluarga tersayang – hanya dengan melalui potongan dana KWSP
  • Melalui dana KWSP, boleh miliki pelan takaful keluarga yang sangat berkualiti (PruBSN adalah pengendali takaful keluarga dengan reputasi terbaik – Jenama Takaful Keluarga Terbaik selama 10 tahun berturut-turut) dengan harga yang berpatutan tanpa rasa terbeban

PruBSN Lindung Famili

PruBSN Lindung Famili ini adalah pelan takaful berkelompok bertempoh sehingga ahli yang dilindungi mencapai umur 75 tahun (hari lahir akan datang). Pelan patuh Shariah ini ditawarkan khas kepada ahli KWSP yang berumur antara 19 hingga 65 tahun (hari lahir akan datang).

Melalui pelan ini, ahli yang dilindungi  boleh membuat pilihan untuk melanjutkan perlindungan kepada tanggungan termasuk pasangan dan anak-anak.

Istimewanya pelan ini, anda tidak perlu bersusah-payah untuk memperbaharui pelan kerana ia akan diperbaharui secara automatik pada setiap tahun sehingga umur hari lahir akan datang (ANB) memasuki 75 tahun.

Manakala bayaran sumbangan tahunan pula adalah bermula dari RM13.80* dan akan dibayar melalui potongan terus daripada Akaun 2 KWSP. Sumbangan ini juga membolehkan anda boleh mendapat pengecualian  cukai.

Bagusnya pelan ini kerana 100% daripada Jumlah Dilindungi akan dibayar apabila berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD), dengan manfaat tambahan sehingga 300% daripada Jumlah Dilindungi apabila berlaku Kematian Akibat Kemalangan.

Sebelum mengambil pelan takaful ini, berikut info yang perlu anda tahu:

Umur Kelayakan

Ahli KWSP/Pasangan: 19 tahun hingga 65 tahun (Umur pada hari lahir akan datang)

Anak: 14 Hari hingga 65 tahun (Umur pada hari lahir akan datang)

Tempoh Bayaran

Sepanjang tahun tempoh sijil

Tempoh Perlindungan

Pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun

Jumlah Dilindungi Minimum

RM10,000

*Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 35 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.

PruBSN Cegah Famili

PruBSN Cegah Famili pula adalah pelan yang diilhamkan untuk memberikan perlindungan takaful terhadap 43 penyakit kritikal (termasuk kanser, strok, serangan jantung dan penyakit lain) dan kematian.

Sekiranya anda didiagnosis dengan mana-mana penyakit kritikal yang termasuk dalam pelan perlindungan,  anda boleh menggunakan manfaat tunai yang dibayar secara sekaligus  untuk membiayai rawatan pilihan atau melindungi pendapatan anda bagi menjamin kesejahteraan keluarga.

Sumbangan perlu dibayar sekali sahaja setahun bermula serendah RM16.30* untuk perlindungan dan jumlah ini akan ditolak melalui Akaun 2 KWSP.

Berikut apa yang perlu anda tahu sebelum memilih pelan ini:

Umur Kelayakan

Ahli KWSP/Pasangan: 19 hingga 65 (Umur pada hari lahir akan datang)

Anak: 14 hari hingga 65 (Umur pada hari lahir akan datang)

Tempoh Bayaran

Sepanjang tahun tempoh sijil

Tempoh Perlindungan

Pembaharuan tahunan sehingga umur 75 tahun

Jumlah Dilindungi Minimum

RM10,000

*Untuk perempuan bukan perokok, berumur 1 hingga 25 tahun (umur pada hari lahir akan datang), dan jumlah dilindungi sebanyak RM10,000.

Bagaimana Untuk Mendaftar?

Mudah sahaja semuanya boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian dengan cara anda hanya perlu muat turun Aplikasi KWSP i-Akaun untuk mendaftar atau klik pada pautan ini.

Cara mudah daftar:

  1. Log masuk aplikasi KWSP i-Akaun

Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun dengan mengimbas kod QR ini dan log masuk atau daftarkan diri jika tidak mempunyainya.

Kemudian anda boleh isikan semua butiran yang diperlukan dan akhirnya buat pembayaran yang akan ditolak daripada akaun KWSP anda. Mudah bukan?

Jadi usah tunggu lagi, daftarlah hari ini untuk perlindungan di masa hadapan yang lebih terjamin. Nak tahu maklumat lebih terperinci, anda boleh layari laman sesawang PruBSN i-Lindung di sini

Nak menang hadiah keseluruhan bernilai RM170,000? Jom sertai peraduan FAM-TASTIC BONANZA! Daftar untuk pelan PruBSN Cegah Famili dan PruBSN Lindung Famili hari ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun dari sekarang sehingga 30 April 2024.