Linda Hashim nekad nak berpisah dengan Beego, “Anak-anak terutama yang sulung tahu kami nak bercerai. Pelakon Linda Hashim mendedahkan anak sulungnya, Jelita Clarissa yang berusia 11 tahun sedia maklum dia dan suami, Beego kini dalam proses perceraian.
Linda Hashim Nekad Nak Berpisah Dengan Beego
Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, berkata, puterinya itu memahami keadaan rumah tangga kedua-dua orang tuanya sejak mereka berpisah buat kali pertama sekitar 2023.
“Anak-anak Terutama Yang Sulung Tahu Kami Nak Bercerai”
“Anak-anak tahu, terutama yang sulung (Jelita Clarissa) kerana saya menyedari hal itu sejak perpisahan kami yang pertama.
“Dia ada bagi semangat kepada saya untuk lalui semula situasi sama. Mereka (anak) sumber kekuatan kepada saya,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Mengenai penjagaan tiga permata hati, Linda berkata, buat masa ini kesemua anak di bawah jagaannya namun tiada halangan Beego berjumpa zuriat mereka.
“Peluang untuk dia jumpa anak-anak, tetap ada. Dia (Beego) pun ada jumpa saya pun ada. Saya tiada halangan (Beego jumpa anak). Memang anak-anak dengan saya sepanjang masa.
“Bila dia datang nak jumpa anak, saya tak pernah halang,” katanya.
Menurut pelakon filem Syaitan Munafik itu, Beego juga ada membuat permohonan maaf kepadanya yang boleh dikatakan sebagai proses memujuk.
Hari ini, Linda ditemani peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi untuk mengikuti sebutan kes pertama perceraian dengan Beego.
Manakala pelakon Beego masih mahu menyelamatkan rumah tangga kerana masih menyayangi isterinya, Linda Hashim selain berharap menemui jalan damai antara mereka.
Menurut Beego, kes perceraian mendapat perhatian umum bukan perkara yang baik untuk mana-mana pihak ketika ini.
“Saya mahu selamatkan rumah tangga ini kerana masih sayangkan dia dan anak-anak. Kalau boleh tak mahu ada sebarang perkara negatif wujud dalam keluarga kami.
Ads
“Mungkin ini kesempatan yang perlu saya ambil untuk memastikan semua kemelut ini dan hubungan kami berdua kembali pulih.
“Saya cuba memujuk dan meminta ruang serta peluang untuk pulihkan rumah tangga kami. Doakan yang baik-baik untuk saya, Linda dan anak-anak,” katanya.
Dalam masa sama, bintang filem Gila-gila Pengantin Remaja itu memberitahu, hubungannya dengan Linda berantakan dan isterinya sudah tidak pulang ke rumah kelamin sejak Oktober lalu.
“Sebenarnya memang terkejut dapat berita ini tentang isteri fail perceraian sebab saya tidak menerima sebarang notis dari mahkamah.
“Memang betul kenyataan isteri bahawa wujud pertelingkahan antara kami sebelum ini dan tidak sebumbung sejak Oktober lalu.
“Linda juga keluar rumah dengan anak-anak dan beri masa untuk dia bertenang tetapi sudah empat bulan dia tak pulang ke rumah,” jelasnya yang sudah berusaha untuk memujuk isterinya.
Beego juga mendakwa Linda tidak menjawab sebarang bentuk komunikasi antara mereka berdua, namun bersyukur masih boleh berhubung dengan anak-anak.
“Saya masih menetap di rumah kelamin seorang diri. Sebenarnya Linda juga memutuskan segala bentuk komunikasi dengan saya.
“Jadi, bila nampak berita hari ini, memang terkejut, ditambah pula sekarang saya berada di Labuan. Dia juga sepatutnya ada di sini atas urusan kerja,” katanya lagi.
Ads
Untuk info, pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka rujuk semula pada 9 April 2023. Mereka juga pernah bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali memberikan suaminya peluang.
Linda dan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah perbezaan peranti Chromebook daripada komputer riba biasa.
Ayat mudahnya untuk mengetahui perbezaan adalah Chromebook lebih sesuai digunakan untuk melayari internet, memeriksa email dan menggunakan aplikasi dalam talian. Jika anda kerap melakukan aktiviti di atas, mungkin penggunaan Chromebook ini sesuai bagi anda.
Bahkan Cikgu Aflah Jamaluddin turut menyarankan penggunaan Chromebook berguna untuk anak-anak ketika melaksanakan pdpr di rumah.
Dan ikuti perkongsian penuh daripadanya, semoga bermanfaat.
Ramai tanya nak pakai peranti apa untuk pdpr anak. Guna ni chrome book. Sebab apa chrome book berguna baca senarai di bawah:
1. Chrome book dicipta untuk google
2. Semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan di beri 1 id gmail berserta password.
3. Bila dah ada email gmail Semua aplikasi google seperti google meet, goole classroom, google drive, google doc, google sheet, google slide dan banyk lagi boleh guna.
4. Nak taip dokumen? Guna senarai
Google doc= microsoft word
Google sheet= microsoft excel
Google slide= power point
5. Dah siap taip jawapan dalam google doc a.k.a microsoft word boleh turn in terus ke google classroom.
6. Nak simpan latihan yang buat tadi di google doc dah tersedia auto save masuk dalam google drive. Tak ada isu document penuh sebab semua dalam google drive.
7. Nak guna whatsapp dgn telegram? Jangan risau whatsapp kan ada whatsapp web scan bar code je. Telegram kan ada desktop telegram taip code phone je.
7. Sekolah saya ada 80 buah chrome book dapat tahun 2015 ke 2016 macam tu dari darjah 1-6 ada cikgu yang rajin guna chrome book.
Sampai sekarang masih elok boleh guna lagi walaupun ada chrome book yang longgar screen, yang pecah kat hujung.
Kami cikgu2 pun dok guna juga chrome book ni kalau ada meeting atau ladap yang nak kena guna laptop.
8. Paling penting kena ada capaian internet. Tak perlu beli simkad guna hotspot data dari telefon mak ayah pun dah cukup.
Dia macam ni tau kesimpulannya chrome book ni sesuai utk surfing internet melalui google.
Nak guna chrome book buat kerja simpan file dalam my document jangan buat, dia bukan dicipta untuk simpan file dalam hard disk. Kalau nak simpan juga guna google drive.
Kalau boleh sucikan chrome book tu dari sebarang installer downloader yg tak berfaedah jangan letak antivirus.
Printer kalau boleh guna yang ada bluetooth. Sekali lagi diulang jangan create folder dalam chrome book , create dan save dalam google drive.
Sumber : Aflah Jamaluddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biarpun cukup terkenal dengan watak antagonisnya ketika di layar perak, namun sikap penyayang yang ditunjukkan pelakon, Sharnaaz Ahmad cukup ketara.
Bapa penyayang ini sempat membingkis ucapan paling manis buat anaknya, Jebat Jayden selepas sama-sama bercuti ke Jepun.
Percutian anak beranak itu bukan hanya berdua tetapi turut ditemani bekas isterinya, Noor Nabila serta kekasih hati Sharnaz, Amelia Lim.
Menerusi Instagramnya, Sharnaaz berkongsi bait-bait manis ditujukan buat Jebat.
“Anakku, Jebat Jayden Ahmad, thank you for this trip, you have the most beautiful heart inside and out.
“Baba syukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat. Thank you teman baba main crane game dan menang banyak hadiah.
“Main snow, e most beautiful thing in this trip is your time with me not the location that matters.
“Selagi Boi ada sebelah baba, im the happiest man on earth. I do this all for you and only you,” tulisnya.
Percutian keluarga kecil itu pastinya cukup bermakna buat Sharnaaz kerana dapat meluangkan masa bersama anaknya pada tempoh yang lama.
Tidak hanya Sharnaaz, bahkan video perkongsian Jebat yang cukup mesra bersama Amelia turut menarik perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, bahkan kematangan Sharnaaz dan bekas isterinya Nabila yang begitu sporting untuk bercuti bersama demi kebahagiaan Jebat menjadi inspirasi untuk pasangan lain yang telah berpisah.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Melihat pokok bunga yang ditanam di tanah tinggi, bunga-bungaan berkembang segar dan cantik sekali.
Teringin juga dibawa balik untuk ditanam, pun begitu ramai juga mengatakan pokok tersebut akan mati jika di tanam di kawasan panas. Betulkah?
Di sini Puan Tg Noorhidayati berkongsi info berkenaan penanaman Ros untuk manfaat bersama.
Dips berkebun: Bunga Ros dan kaedah penjagaannya.
Sebelum beli : Pastikan bunga ros itu adalah ros kampung ataupun ros tanah tinggi.
Ros kampung senang dijaga dan tahan dengan cuaca kita.
Ros tanah tinggi sedikit sensitif dan perlu ditrain untuk hidup dan fleksibel dengan cuaca kita.
Medium tanah semaian tanah kompos atau yang tidak menyerap air. Akar pokok ros cepat memburuk jika berlebihan air.
Siram pokok di awal pagi dan awal petang. Siram tengah hari.waterblast untuk kurangkan thrips. Siram lewat petang boleh menyebabkan bintik-bintik hitam timbul di permukaan daun.
Sentiasa trim pokok untuk menggalakkan pucuk baru keluar dan menggalakkan bunga keluar.
Buang daun-daun yang rosak atau buruk. Jika batang ros memburuk, potong batang yang buruk sehingga ke bahagian dahan yang masih hijau untuk mengelakkan penyakit pokok dari merebak ke batang yang masih elok.
Potong tangkai bunga di bahagian pangkal untuk mengelakkan kekurangan nutrien pokok. Tangkai bunga yang buruk perlu sentiasa dicantas awal untuk menggalakkan pucuk baru cepat keluar.
Pembajaan yang teratur seminggu sekali. Boleh selang selikan dengan booster flowers yang berbiji merah dengan baja kulit udang dan baja kopi.
Ros tanah tinggi.
1. Tukarkan pot dan tanah yang lebih baik. Pasu yang besar dan tanah sekam poros.
2. Letak pokok ros ditempat teduh dalam tempoh seminggu dua.
3. Dedahkan pokok dengan cahaya matahari pagi selama 4-5 jam sehari. Elakkan tempat yang terlalu panas dan terdedah matahari yang terik.
4. Trim pokok dan buang daun-daun yang mula menguning. Itu normal kerana pokok sedang menyesuaikan diri dengan tempat baru, dengan itu pucuk baru akan keluar dan pokok akan cepat berputik baru. Letakkan secubit baja tapi mestilah jauh dari pangkal kerana baja kimia bersifat panas dan boleh memudaratkan pokok bila terlebih atau diletak di pangkal pokok.
5. Ketika trim pokok jangan buang kesemua daun. Tinggalkan sedikit daun yang masih elok di pokok untuk menggalakkan proses fotosintesis terus berlaku dan menggalakkan pokok terus hidup, dan mengelakkan pokok cepat rosak dan mati.
Cara tanam melalui keratan batang
1. Pilih ranting pokok yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Potong menyerong.
2. Potong di awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan batang kekurangan air. Basuh ranting yang dipotong untuk membuang tanah dan kekotoran yang melekat.
3. Rendam keratan ranting di dalam air bebas klorin selama 5-6 jam untuk memastikan batang terus segar dan menerima bekalan air secukupnya. Sewaktu rendam pastikan daun di pangkal ranting dibuang untuk mengelakkan penyakit dan kulat di bahagian rendaman batang tersebut.
4. Alihkan ke tanah pada lewat petang. Pastikan pasu dan tanah berada pada tempat teduh dan sedikit lembap. Siram seperti biasa. Pastikan pokok menerima cahaya matahari secukupnya setiap hari.
Sedikit tips penjagaan pokok bunga ros dari saya mengikut pengetahuan dan cara yang saya amalkan. Jika ada kekurangan harap dapat dimaafkan. Saya pun masih belajar. Selamat berusaha.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.