Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dilihat mengajar ‘musuh’ tradisinya dari China iaitu Lin Dan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Tindakan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar rakan dunia sukannya bercakap dalam bahasa Melayu dikongsikan di dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu nyata  telah mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.9 juta tontonan dan 194.9 juta tanda suka serta mendapat 3,209 komen daripada  netizen.

Ajar Tiga Ayat Utama

Di dalam video tersebut  di lihat di mana Datuk Lee Chong Wei memulakan dengan pertanyaan ‘Apa Khabar’ dan kemudian Lin Dan mengulangi ungkapan tersebut sambil melambai tangan ke arah kamera.

Lin Dan Bila Belajar Cakap Melayu Dengan Dato Lee Chong Wei, Fasih Macam Orang Malaysia!

Ads

Setelah itu, ayat berikutnya pula Datuk Lee Chong Wei mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ di mana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan begitu lancar sekali.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Lin Dan Bila Belajar Cakap Melayu Dengan Dato Lee Chong Wei, Fasih Macam Orang Malaysia!

Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.3 juta tontonan dan 150,500 tanda suka serta hampir 2,500 komen dalam kalangan netizen.

Ads

 

@leechongweiofficial Pernahkah anda dengar Lin Dan berbahasa Melayu? Have you ever wondered how Lin Dan sounded speaking Malay? Saksikan short video ni. Hebat jgak mamat ni.. Again , thank you Lin Dan bro, for being accommodative yet again. #leechongwei #lindan ♬ original sound – Lee Chong Wei Official

Di ruangan komen, rata-rata memuji kefasihan Lin Dan yang bercakap dalam bahasa Melayu serta mengagumi keakraban kedua-duanya dalam sukan badminton.

Komen netizen, “Lin Dan bila cakap Bahasa Melayu.. muka ada skit macam melayu 😂😂”

Ads

“Sedap suara Lin Dan ckp Melayu,” tulis yang lain pula di ruangan komen.

“Dua2 lejen.. hebatt”, komen yang lain pula.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Lin Dan Bila Belajar Cakap Melayu Dengan Dato Lee Chong Wei, Fasih Macam Orang Malaysia!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI