Biasanya limau kasturi dijual dalam kuantiti yang banyak,paling biasa sepiring RM 2 di pasar malam.
Pun begitu, umumnya jika kita gunakan untuk buat air, pasti tidak semua limau kasturi yang dibeli itu habis digunakan. Pasti berbaki.
Jadi apa perlu buat untuk pastikan lebihan limau kasturi itu boleh disimpan lama dan dapat digunakan bila perlu?
Nak tahu caranya, jom semak perkongsian ini ddn semiga bermanafaat.
Tip Simpan Limau Kasturi Tahan Lama.
1. Limau kasturi di potong dua.
2. Perahkan untuk mendapatkan jusnya dan tapiskan.
3. Tuangkan jus ke dalam bekas kiub ais.
4. Bekukan semalaman.
5. Keluarkan kiub ais dan simpan di dalam bekas berpenutup.
Ekstra info
1. Bila nak guna ambil sahaja beberapa ketul Yang diperlukan.
2. Contoh jika teringin nak buat teh ais limau, bancuh teh o dan kemudian masukkan 2 atau 3 ketul sudah siap.
3. Buat sambal belacan pon boleh. Masukkan sahaja seketul dan kisar atau tumbuk bersama bahan-bahan lain.
Sumber : Siti Fatimah Abas via MAHN
Bila Bahan Mentah Simpan Sebulan Dalam Peti Sejuk. Doktor Ni Jelas Cara Urus Agar Tidak Berlaku Keracunan Makanan.
Menjadi kebiasaanya ramai antara kita akan memenuhkan peti sejuk dengan stok makanan basah seperti ikan, ayam, daging udang dan sebagainya bagi memudahkan untuk dimasak bila perlu. Kalau boleh sebulan sekali sahaja pergi ke pasar basah untuk membeli bahan-bahan tersebut, jimat masa dan tenaga.
Memang benar cara ini cukup praktikal dilakukan oleh suami isteri yang berkerja, namun apa yang menjadi keutamaan di sini adalah perlu tahu bagaimana cara selamat ketika proses penyimpanan dan penggunaan stok makanan yang tersimpan lama dalam peti sejuk. Ini penting bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan.
Memberi penerangan tentang hal ini, Dr Kamarul Ariffin telah berkongsi tip di akaun fbnya untuk manfaat bersama.
Jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Sering Sakit Perut
“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”
Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi mudah kalau gitu. Hehe.
Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Cara Nyahbeku Yang Betul
Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana? Camni:
- Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir.
- Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
- Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!
Jika Salah Cara Undang Bahaya
Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
OKlah. Tu je!
Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!
sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
‘Membawang’ Anak Sendiri Buruk Kesannya, Sila Take Note Sebab Sama Ibaratnya Macam ‘Makan Daging’ Mereka!
Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Pun begitu, sebagai ibu ayah kita juga faham, setiap anak punya ragam dan perangainya yang tersendiri yang perlu kita fahami dalam mendidik mereka.
Berdepan dengan pelbagai situasi dalam membesarkan anak-anak, pernah juga kita dengar cerita ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak kepada umum hingga membuka aib anak tanpa sedar atau sengaja. Hal ini tentunya boleh membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa mereka sendiri.
Menyedarkan hal ini adalah tidak wajar dilakukan oleh ibu ayah, Ahmad Saifuddin Yusof, penulis buku tafsir yang sering berkongsi ilmu di media sosial berkongsi pandangannya dan menyifatkan ibu ayah yang suka mengumpat anak sendiri seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.
Ini perkongsiannya dan bersama kita ambil pengajarannya.
‘Makan Daging’ Anak Sendiri
Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri.
Mengumpat anak sendiri?
Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain.
Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain.
Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.
Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.
Mengapa berlaku begitu?
Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.
Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan.
Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.
Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari
Daripada ucapan itu ia membawa maksud;
+ Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
+ Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
+ Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.
Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri.
Tetapi, ada pengecualiannya.
Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu.
Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak. Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dan sebagainya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya.
Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.
Sumber : Saifuddin Yusof
Anak belum dewasa lagi.
ARTIKEL MENARIK : Buat Macam Ni Lagi Rasa Seronok Nak Menabung, Boleh Follow & Janji Tak Mengecewakan!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Seakan Memberitahu Cabaran Bergelar Ibu Bapa, Ernie Zakri Tujukan Lagu ‘Korban’ Untuk Hargai Suaminya. “We Can Do This Daddy.”
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi bersuara lunak merdu, Ernie Zakri yang popular dengan lagu Boneka dan suami juga penyanyi, Syamel yang kini sedang bahagia setelah meraikan kelahiran cahayamata pertama.
Setelah tiga hari bergelar ibu dan ayah, anak saudara penyanyi popular, Zaina Zain, seakan memberi tahu cabaranya kala membesarkan anak. Ia dikongsi menerusi Instagram (IG) dengan memuat naik gambar dia dan suami sedang tersenyum bahagia.
Turut menulis kapsyen mengenai pengorbanan bergelar ibu bapa. Turut menjelaskan bahawa lagu terbarunya, Korban, adalah untuk menghargai pengorbanan suaminya, Syamel dengan kata-kata semangat.
“We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga.”
Perkataan yang paling tepat ketika ini, ketika anak kami berusia 3 hari. Subhanallah, begitu besar pengorbanan ibu bapa kita membesarkan. Melalui detik detik sukar & gembira untuk kita, ANAK.
Untuk suamiku, sememangnya tepat untuk ku tulis lagu ini untuk mu. Pengorbanan mu sepanjang perkahwinan hingga kehari ini takda dapat ku bayangkan. Terima kasih untuk segalanya. We can do this, Daddy. Sayang sampai syurga. ❤
Saya pasti semua mempunyai banyak kenangan dan kisah bersama pasangan/ibu/ayah/keluarga. Share lah gambar or video kisah pengorbanan yang korang lalui bersama. @rocketfuelent nak bagi FREE STAYCATION tau. Nak tahu kat mana, kena tunggu next posting inshallah. Hashtag #KORBANERNIEZAKRI , nanti kita tengok sama sama.
Sayang semuanya, doakan Kak Ninie dan Bang Mel dalam perjalanan baru kami ya.
Dalam pada itu netizen turut mendoakan pasangan ini dipermudahkan menjalani kehidupan selepas bergelar ibu dah ayah.
Sumber: Ernie Zakri
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.