Lima Vitamin Semulajadi Ni Jangan Tinggal Kalau Nak Sihat Di Usia 40!

Share

Melepasi usia 40 tahun sememangnya cukup membahagiakan kerana sudah pun berada di landasan dan hampir mencapai matlamat dan cita-cita yang diimpikan.

Namun dikala usia sebegini kesihatan adalah perkara dan kunci utama untuk kita kekal sihat dan bertenaga.

Bagi mencapai emosi yang baik dan sihat, Dr Malar menyarankan lima vitamin ini dapat dicapai sebelum menginjak usia 40 tahun. Jom sama-sama kita lakukan!

Sebelum kita mencapai usia 40 tahun, semua orang perlu dapatkan lima vitamin ini dalam hidup.

Vitamin 1- Senaman
Vitamin yang pertama bernama senaman, saya bukan suruh bersenam untuk nak kurus tapi sebenarnya senaman ini sangat penting apabila kita makin berumur supaya tulang dan otot mendapat rangsangan bahawa sumbangannya masih diperlukan dalam tubuh.

Bila makin berumur ni pergerakkan kita makin terhad kan. Kadang nak ambilkan air pun kita suruh anak. Sama juga, nak buka kipas pun pakai remote saja, jadi memang kurang bergerak.

Bila makin kurang bergerak tulang akan dapat satu mesej, tulang akan rasa tak penting lagi bagi tubuh kita. Kita kena bersenam dan bergerak dengan lebih banyak apabila kita makin berumur supaya tulang kita teruskan meminta kalsium dan vitamin daripada darah dan perut.

Kita boleh elakkan dan lambatkan proses kerapuhan tulang atau osteoporosis.

Vitamin 2 -Vitamin D
Vitamin kedua ialah Vitamin D. Tanpa vitamin ini tulang tidak boleh membina sel-sel tulang dan tak boleh jadi lebih kuat. Yang bestnya tak perlu beli pun, cukup hanya dapatkan dedahan cahaya matahari selama 15 minit sehari. Sudah memadai!

Vitamin 3 – Karbohidrat
Kurangkan makan karbohidrat. Kurangkan makan nasi, roti, capati, roti canai atau apa jua jenis roti. Makin kita berumur kita akan kurang keperluan tenaga sebab kita dah tak membesar, dah tak buat kerja-kerja lasak dan sebagainya jadi sangat penting untuk kita kurangkan jumlah makanan dan tenaga yang kita ambil supaya tidak terlebih dalam tubuh kita dan tidak ditukarkan menjadi lemak.

Tip mudah, kurangkan nasi dalam pinggan dan kurangkan karbohidrat.

Vitamin 4 -Air Kosong
Ajarlah lidah untuk suka air kosong. Air kosong yang mencukupi sangat penting untuk dehidrasi. Tolaklah tepi minuman-minuman sedap dan cari air kosong.

Vitamin 5 -Bersyukur
Bila dah cecah usia 40, bersyukur adalah vitamin yang penting untuk sentiasa kekalkan kesihatan mental kita. Bila usia 40, tenaga dah makin kurang, kecantikkan dah tak semacam dulu jadi bersyukurlah dengan hidup anda.

Bersyukur dengan rezeki yang halal dan bersyukur dengan suami yang ada walaupun dia tak seromantik yang diinginkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada supaya dengan adanya kesyukuran kita gembira dalam hidup ini dan sekaligus kekalkan kesihatan mental.

Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk anda berubah sekarang!

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club