Sejak kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dicorekan di media massa, rata-rata masyarakat mendoakan yang terbaik buatnya. Malah, setiap kali ayahnya memuat naik perkongsian mengenai anaknya, pasti mendapat perhatian warganet.
Kisahnya menjadi sumber inspirasi bagaimana seorang kanak-kanak kecil namun punya semangat juang yang tinggi. Berkat doa semua, adik Ainul yang baru lepas menjalani pembedahan dikatakan dalam keadaan stabil.
Mengambil masa selama lima jam, ketumbuhan seberat 200 gram pada mulutnya berjaya dibuang dan adik Ainul masih kuat dalam melawan penyakitnya itu.
Menerusi perkongsian daripada Dr. Amalina Che Bakri yang juga merupakan salah orang yang bertanggungjawab dalam pembedahan tersebut, dia berasa sangat gementar sewaktu ingin memulakan pembedahan.
Dr. Amalina turut mencoretkan mengenai persiapan rapi yang dilakukan oleh para pakar sebelum memulakan pembedahan membuang ketumbuhan di mulut adik Ainul.
Mengakui bahawa pembedahan yang dijalankan amat berisiko, dia bersyukur kerana berkat doa dan tawakal seluruh rakyat Malaysia, pembedahan itu berjaya.
“Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! ? After about 5 hours of battling in theatre, the tumour (weigh 200g) was successfully removed. You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — “don’t worry baby, everyone is here to help you”.
“Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong.
“I was very honoured to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions.
Demikian perkongsian dari Dr Amalina yang turut serta dan mengawal rapi tahap kesihatan Ainul sejak dia sampai ke di hospital di London.
Tidak hairanlah apabila dia berasa begitu emosi ketika menyampaikan berita baik itu kepada ibu dan bapa Ainul kerana sudah menganggap pasangan tersebut sebagai ahli keluarganya sendiri.
It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time. Ainul, Wani and Safi are like my own family. Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers. ?? (Consent was given by Ainul’s parents for this story to be on IG).
Sementara itu, ayah Ainul turut memuat naik status dengan ungkapan ‘Alhamdulillah. Ringkas tetapi cukup bermakna.
Rata-rata netizen turut sebak dan mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.
Menangis kegembiraan
Terus bertahan dan kuat sayang
Sumber: IG dramalinabakri & FB Ahmad Safiuddin