Usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati yang secara tiba-tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh-tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima-lima anaknya.
Menerusi perkongsian videonya bersama Pa&Ma, akuinya kelima-lima anaknya berbeza-beza pengalaman menjadikan kelahiran anak kelimanya kali ini membuatkan dia begitu bersedia untuk menyusu.
“Kalau diimbas kembali pengalaman menyusukan anak pertama memang berbeza sebab saya tak ada pengalaman dan saya tak ada ibu waktu itu untuk ajar saya menyusu dengan baik. Ibu mentua pun tak berapa pandai ajar buat stok.
“Anak pertama saya hanya sempat menyusu enam bulan saja sebab saya tak ada pengalaman, anak kedua saya buat stok lapan bulan, anak ketiga setahun setengah dan anak keempat cukup-cukup dua tahun menyusu.
“Banyak saya belajar sendiri melalui pengalaman dan alhamdulillah anak kelima ini belum sempat lagi empat bulan, saya rasa dah cukup stok setahun untuk dia,” luahnya bersyukur.
Malah paling tidak disangka-sangka, anak kelima ini dianugerahkan rezeki yang cukup meriah sehingga dapat berkongsi rezeki dengan anak susuannya.
Ads
“Saya sebenarnya tak pernah tahu pun wujudnya mengenai ikon penyusuan. Saya sekadar berkongsi di media sosial hanya untuk nak kongsi pengalaman dan kebetulan masa itu anak susuan saya nak susu, jadi saya rekodlah.
“Tak sangka pula tiba-tiba viral sebab ini anak saya yang kelima,” luahnya lagi.
Makan apa sahaja dan minum milo waktu pantang
Berkongsi tip dan amalannya ketika menyusu, akui Datin Rita lagi, ia bukan satu hal yang mudah. Perlukan pengorbanan yang cukup besar dan masa dari ibu, lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.
“Nak buat susu bukan senang, lagi-lagi nak buat stok memang susah. Saya dulu pernah stress, sampai tak keluar susu sebab tak ada pengalaman.
Ads
“Tapi sekarang anak lima saya dah tahu dah, bukak je mata lepas bersalin saya dah mintak pam untuk pam sebab saya kena ada demand.
“Kena selalu pam dan saya buat bermula pukul 3, 6, 9 dan pukul 12. Saya sambung lagi pukul 3 petang, 6, 9 dan 12 pagi. Macam mana sibuk pun kena create demand. Susu bercelaru sebab waktu tak tepat.
“Kena selalu dalam mood yang baik. Saya akan pastikan saya tak stress waktu nak pam susu. Cara saya, saya akan tengok K drama, yang kelakar atau layan sosial media. Saya tak akan buat kerja saya tapi saya buat aktiviti santai macam ni.
Ads
“Saya tak ada pantang larang pun dalam pantang. Kalau dulu saya makan clear sup sahaja tapi kali ini saya makan apa sahaja, sambal udang petai atau masak lemak cili padi, semua saya makan. Saya cuma pantang dua minggu awal sahaja masa pantang dan elak makanan gatal.
“Saya nampak perbezaan ini dan nampak proses susu ini sangat-sangat banyak bila saya makan apa saja. Saya dah boleh hasilkan 8 hingga 10 auns waktu pantang.
“Saya pun banyak berbincang dengan confinement lady, saya plan untuk makan apa sahaja dan tanya dia apa saya boleh makan dan hasilnya alhamdulillah. Jangan pilih-pilih asalkan tak gatal.
“Kalau saya makan nasi banyak, lagi banyak susu yang saya hasilkan. Lagi satu yang saya perasan saya suka minum milo waktu pantang dan susu memang banyak. Air paling penting, jangan pantang minum air kosong,” katanya lagi berkongsi tip.
Rumahku syurgaku, begitulah impian setiap pasangan suami isteri yang inginkan sebuah keluarga bahagia. Sebagaimana perkongsian tip yang dipaparkan oleh Taufiq Razif amat manfaat untuk dijadikan panduan bersama. Jom kita perkongsiannya
5 Tips Untuk Bagi Rumah Jadi Lebih Sejuk & Tenang
1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja
Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya
2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je.
Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan ‘. Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan.
Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!
3. Sesekali tu ajar anak kita organizational skills juga :
+ Bila dah habis main, kat mana nak simpan + Bila dah buka baju, kat mana nak letak + Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana + Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana
Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!
4. Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan tu bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘ less is better ‘
Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!
5. Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita
Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :
+ 7% je yang sampai melalui PERKATAAN ( verbal communication ) + 38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA + dan 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka
Bila isteri kata ” Takpe. Saya ok je. Abang rehat la “. Aduiii..Jangan la terus percaya! Tu baru 7% daripada hal yang sebenar je tu!
Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?
Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!
p/s : Jom ajak pasangan belajar ilmu mendidik anak di Telegram saya. Suruh je mereka klik link ni ?t.me/NotaTaufiqRazif Ada dalam 120 ribu orang juga dalam tu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kasih sayang ibu itu memang tanpa batas. Biarpun anak telah melakukan kesilapan tetap dimaafkan, malah dipeluk dengan penuh kasih sayang. Kata-kata nasihat sentiasa dimain dibibir waima anaknya telah mendirikan rumahtangga.
Begitu juga kesejahteraan buat anaknya, tanpa pernah jemu menitipkan doa buat anak-anak. Begitulah kasih seorang ibu yang tiada penghujungnya hingga akhir hayatnya.
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini jelas membayangkan kasih ibu itu tiada galang ganti. Biarpun dirinya disahkan dijangkiti Covid-19 akibat kecuaian anaknya sehingga dirinya dijangkiti semasa berada di rumah.
Ibu ini tetap tidak menyalahkan anaknya. Malah memaafkannya. Juga memberi nasihat supaya jangan menyesali jika dirinya tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga lagi.
Ikuti perkongsian seorang pegawai perubatan,timothylau_qs menerusi Instagram miliknya yang meruntun jiwa mengenai pesakitnya yang kritikal setelah dijangkiti Covid-19.
SEORANGN IBU YANG YANG SENTIASA MEMAAFKAN ANAKNYA
Gambar sekadar hiasan
Hari ini kisah bagaimana saya bercakap dengan pesakit COVID ini sebelum saya intubasi atau menidurkannya.
Biasanya saya akan berikan masa untuk pesakit menelefon orang yang mereka sayangi atau membantu mereka menghubungi seseorang. Selalunya pasti ada orang akan bercakap dengan mereka.
JANGAN KESAL JIKA IBU TAK BANGUN LAGI
Kali ini seorang wanita tua menelefon anak lelakinya. Dan mengatakan bahawa “Ibu tidak akan menyalahkan kamu kerana membawa pulang Covid-19. Jangan salahkan diri kamu sekiranya Ibu tidak bangun lagi.”
Menikmati roti jala dengan rasa susu coklat memberi rasa yang istimewa dan tentunya akan membuatkan anak-anak teruja untuk menjamahnya. Apatah lagi bila disediakan bersama sos coklat yang berkrim.
Maklumlah bila namanya coklat memang anak-anak cukup menggemarinya. Jadi tidak rugi kiranya anda sediakan menu nan satu ini untuk dijadikan hidangan untuk seisi keuarga. Nak tahu resipi dan cara membuatnya, ikuti perkongsian daripada Dek La sebelum ini di facebook group Kelab Roti Jala untuk anda cuba.
“Dekla share resepi ni buat semua… anak-anak pasti suka la bab-bab coklat ni.. Tak rugi buat..” ujarnya.
RESEPI ROTI JALA COKLAT
3 cawan tepung gandum
2¼ cawan air
1 cawan susu kotak coklat
3 sudu besar gula
3 sudu besar serbuk coco
3 sudu besar minyak masak
2 biji telur
½ sudu kecil garam
Campurkan semua bahan & blander sampai halus. Masak seperti biasa.
RESEPI SOS COKLAT
125gm coklat masakan
100gm susu cair/susu kotak
1½ sdb butter/minyak masak
Double boil je semua bahan kat atas hingga cair sebati.
Ekstra info : Ni acuan yang dekla gunakan. Memang mudah sangat guna acuan ni. Kerja pun cepat dan tak ada masalah comot tumpah-tumpah sana sini bagai. Boleh cari dekat mana-mana pasaraya bahagian alatan dapur atau kedai-kedai serbaneka yang ada jual alatan dapur.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.