Gembira dan teruja, itulah yang boleh digambarkan perasaan penyanyi, Tajul apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka, malam tadi.
Bayi diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia teruja dan gembira kerana pertama kali merasa pengalaman bergelar seorang bapa.
“Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.
“Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.
“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya.
Tajul juga turut berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram.
“Yeahh! Alhamdulillah anak daddy ADRIANA CARISSA @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pda 16 November mlm tdi jam 11:56😘 kite lanje gambar dia skit, nti dia dh besar.
“Baru boleh tunjuk muka dia okay. Tq smua yg mendoakan, i love you so much sygg @icaaeddie ❤️#anakdaddyandmummy👨👩👧 #manjedaddy – #