Gembira dan teruja, itulah yang boleh digambarkan perasaan penyanyi, Tajul apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka, malam tadi.
Bayi diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia teruja dan gembira kerana pertama kali merasa pengalaman bergelar seorang bapa.
Ads
“Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.
“Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.
“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya.
Ads
Tajul juga turut berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram.
“Yeahh! Alhamdulillah anak daddy ADRIANA CARISSA @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pda 16 November mlm tdi jam 11:56😘 kite lanje gambar dia skit, nti dia dh besar.
Ads
“Baru boleh tunjuk muka dia okay. Tq smua yg mendoakan, i love you so much sygg @icaaeddie ❤️#anakdaddyandmummy👨👩👧 #manjedaddy – #
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.Baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri.
Telur yang telah digunakan, jangan dibuang kulitnya. Ini kerana sisa kulit telur tersebut juga bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai baja organik buat pokok-pokok mahupun tanaman di rumah.
Menerusi perkongsian Norisniyati Abdul Hamid beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik daripada sisa kulit telur yang cukup mudah dilakukan. Apa yang penting ia selamat digunakan lagi menjimatkan, sekaligus mengelakkan pembaziran.
Telur kita makan.. kulit telur bagi pokok pulak makan.. so tiada pembaziran.. 🙂
Bahan-bahan:
Kulit Telur
Cara Membuat:
1.Basuh kulit telur tersebut.
2.Jemur kulit telur pada cahaya matahari.
3.Tumbuk hancur kulit telur tersebut menggunakan lesung batu.
4.Taburkan pada pokok/ tanaman seminggu sekali.
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber:Norisniyati Abdul Hamid (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Luluh hatinya bila mana mendapat tahu cahaya mata yang dinantikan mempunyai masalah. Lebih memeritkan apabila orang disekeliling hanya mampu melemparkan tohmahan bukannya mahu memberi semangat buatnya menempuh dugaan tersebut.
Bukan mahu menidakkan takdir, namun sebagai insan biasa terpalit rasa kecewa dan sedih dengan keadaan sedemikian.
“Dulu saya pernah diejek berkahwin lambat, kemudian dapat suami OKU cacat kekal di mana kaki pendek sebelah kanan. Apabila mengandung, doktor sahkan sanak saya down sindrom. Lebih memeritkan lagi, dia terpaksa ditebuk perut untuk minum susu dan makan bubur,” ujar Azlila Binti Haji Payno yang berasal dari Pagoh Johor.
Awal kehamilan, wanita berusia 36 tahun ini mengakui mengalami alahan yang teruk.
“Waktu saya mengandung dari awal hingga usia kandungan 7 bulan memang alami alahan yang teruk. Sehinggakan muntah keluar darah, mungkin tekak luka sebab kerap muntah. Namun saya terpaksa gagahkan diri pergi klinik kesihatan dan doktor suruh masuk air sebotol.
“Tapi sepanjang mengandungkan Yusuf,banyak kali juga saya scan tapi doktor kata anak saya ok. sehinggakan satu hari doktor klinik kesihatan Medan sarankan saya pergi hospital sebab doktor detect baby dalam kandungan kecil, beratnya hanya 1.7kg.
“ On the spot time tu juga pakar suruh bersalin melalui pembedahan, siap semua,doktor beritahu suami yang anak saya down sindrom. Betapa luluhnya hati saya. Setiap orang nakkan anak yang sempurna, lagi-lagi ini anak sulung. Lama juga saya nak terima takdir ni.
“Alhamdulillah saya punya keluarga yang banyak menyokong dan menjadi penguat semangat untuk kami suami isteri. Orang pandang serong pada anak sindrom down, tapi mereka tak tahu dengan kehadiran anak istimewa ini membawa sejuta rahmat dan juga pembawa rezeki serta syurga bagi mama dan ayah,”ujar Azlila sambil memberitahu suaminya bekerja di sebuah kilang di Johor.
Jelasnya lagi, sekarang Alhamdulillah anaknya Muhammad Yusuf Mohamad Fadzil yang kini berusia 1 tahun 4 bulan sudah sihat.
“Yusuf tidak perlu lagi bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Cuma sekarang mickey button kat perut masih ada lagi.
“Dulu saya pernah bekerja di sebuah kilang, tapi selepas dapat Yusuf,saya terpaksa berhenti kerja. Saya percaya pada rezeki yang ALLAH sudah tetapkan. Rezeki anak sentiasa ada biarpun suami hanya kerja sorang,”jelasnya sambil memberitahu mereka sekeluarga sehingga kini masih menyewa.
Menurutnya lagi, walaupun tahap kesihatan Yusuf semakin baik, namun dia masih perlu diperiksa lanjut oleh doktor.
“Setiap minggu saya terpaksa berulang alik ke hospitak untuk check up Yusuf tetapi tidak perlu bermalam di hospital bagi melakukan fisioterapi dan sebagainya,” ujar Azlila membawa anaknya melakukan pemeriksaan di Hospital sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Dalam pada itu,dia mengakui pernah mohon bantuan namun di tolak.
“Saya pernah memohon dengan pihak jabatan kebajikan masyarakat namun orang itu cakap saya tak layak. Kena tunggu umur Yusuf 18 tahun. Katanyalagi Yusuf bukan jenis terbaring,” ujar Azlila lagi yang tetap positif walaupun diberi ujian sedemikian.
Pelakon dan pengacara Yana Samsuddin yang pernah berkongsi leher anaknya berdarah akibat digaru berkongsi keadaan anaknya yang kini semakin pulih.
Kata Yana, luka itu disebabkan kuku jari tangan anak ketiganya yang berusia tujuh bulan itu tumbuh ke atas dan agak keras sehingga menyebabkan pendarahan apabila digaru.
“Sebenarnya kuku anak saya tumbuh ke bahagian atas dan agak keras. Ia mungkin sebab kalsium tinggi.
“Jadi apabila dia panas dan berpeluh pada leher, dia akan menggaru sampai terluka,” katanya berkongsi.
Berkongsi detik itu kata Yana dia pada mulanya tidak perasan leher bayinya berdarah namun tercium bau hanyir ketika menyusukan anaknya dalam gelap.
“Masa kejadian waktu malam, saya dengar dia menangis dan mengangkat dia untuk memberikan susu badan.
“Saya pula tak buka lampu tapi ada tercium bau hanyir macam darah. Bila saya buka lampu, tengok memang anak berlumuran darah. Saya panik sebab ingatkan ada benda lain yang berlaku pada anak.
“Jadi saya ambil video dan hantar pada suami. Tak sangka pula dia kongsi di media social,” katanya berkongsi.
Kata Yana lagi, biarpun sudah sembuh, bahagian leher anaknya masih lagi kemerah-merahan disebabkan bayinya masih menggaru lehernya.
“Walaupun dah jumpa doctor, masih lagi kemerah-merahan disebabkan goresan kuku.
“Saya pula tak pandai potong kuku anak yang masih kecil, jadi keadaan itu berulang,” katanya lagi.
Terdahulu, Yana dan suaminya, Fadzil Zahari mendirikan rumahtangga pada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.