Keadaan kulit wajah yang mempunyai liang pori-pori terbuka akan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan pelbagai masalah kulit seperti berjerawat, kulit berminyak serta nampak tidak berseri. Semua masalah ini sudah tentunya kalau boleh ingin sekali dielakkan daripada terjadi.
Pun begitu, andai pelbagai usaha telah dilakukan namun liang pori terlihat terbuka dan sedang mencari cara dan kaedah rawatan mengikut petua orang dulu-dulu, apa kata praktiskan cara mudah ini. Mana tahu ianya berkesan dan serasi dengan kulit wajah anda. Selamat mencuba.
PETUA KURANGKAN PARUT DAN KECILKAN PORI PORI MUKA DENGAN 2 BAHAN JUR
Mek nak share tips hilangkan parut jerawat ke jerawat baru naik ke dan kecikkan liang pori kat muka uollz.
Yang sejenis sama macam kak mek yang suke dengan petua simple ajom terai yang nie. Puas hati sangat tau. Jom kite jadi macam mokcun, tepek bedak sejuk.
Bahan pon tersangat simple dan jimat .
Ok bahan yang diperlukan
● bedak sejuk Rose/ bedak cina atau bedak sejuk ape ape jer janji bedak sejuk
● Air rose/mawar kalu takde kena beli.
First kalau macam bedak yang kak mek pakai nie ia natural kena pakai sudu plastik, nak kekalkan ia punye bahan.
Pastu kak mek satukan bedak sejuk bunga rose dengan air rose/mawar (Jangan letak banyak kena balance hokey)
Dah kacau sekadarnya, ambik la tempek kat muka tu yor. Macam kak mek suke pakai malam sebelom tidor. Bila bangun pagi muka rasa fresh glowing mowing hahahaha.
Kulit normal ke kulit sensitif ker pakai takde kesan buruk pon yang pasti kulit muka memang makin okey dan fresh.
Sebab air rose nie bukan sahaja bagus untuk kulit tau, ia boleh merawat muka yang sunburn, merawat kulit dari dalam, kecilkan pori dan naikkan seri. Nampak tak muka kak mek dah berseri seri tu.
Serius tau kalu uollz amalkan kulit muka jadi berseri seri dan licin bak telur rebus dikupas kupas. Cuba bayangkan cun kan.
Lakukan sekerap yang mungkin sebab ni bukan skrub, hari hari boleh pakai. Insya Allah hasil dia memang gempak weh.
sumber : Huda Seman
Selain itu, mungkin juga boleh mencuba cara yang dikongsikan di akaun Mem Myrah ini untuk mengecilkan pori wajah dan sekali gus menjadikan kulit wajah mulus dan cantik berseri.
MASKER KECILKAN PORI
Bahan :
pisang
yogurt
Madu asli
Langkah demi langkah :
1. Lenyek pisang bersama madu hingga lumat.
2. Masukkan yogurt dan gaul hingga rata.
3. Sedia untuk digunakan.
CARA PAKAI MASKER :
1. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
2.Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
EKSTRA INFO : Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Sumber : Mem Myrah