Isteri mana yang tak bangga dan bersyukur dikurniakan suami dan ketua keluarga yang bertanggung jawab. Bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga biarpun terpaksa berpenat lelah.

Demikian luahan hati isteri kepada pelakon terkenal,  Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik yang cukup terharu dengan pengobanan suaminya yang sentiasa bekerja keras untuk keluarga mereka.

“Letih Sampai Makan Pun Pejam Mata.” Kongsi Pengorbanan Suami, Diyana Mahu Anak-Anak Faham & Hargai Kerja Keras Aaron

Menurut Diyana, dia berasa sangat beruntung kerana mempunyai suami seperti Aaron dan berharap anak-anaknya memahami situasi bapanya.

Diyana meluahkan rasa terima kasihnya menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya semalam.

“Letih Sampai Makan Pun Pejam Mata.” Kongsi Pengorbanan Suami, Diyana Mahu Anak-Anak Faham & Hargai Kerja Keras Aaron

Ads

“Alhamdulilah… Sebagaimana kita para isteri ingin dihargai, suami kita juga patut dipeluk dan berterima kepadanya atas semua kebaikan dan kerja keras mereka. Semoga Allah sentiasa menjaga suamiku dari segala bahaya.

“Dua hari yang lalu dia pulang dari kerja dan MeleTOP, kelihatan sangat letih sampai nak makan pun dia tidak dapat membuka matanya.

“Letih Sampai Makan Pun Pejam Mata.” Kongsi Pengorbanan Suami, Diyana Mahu Anak-Anak Faham & Hargai Kerja Keras Aaron

Ads

“Saya harap anak-anak kita akan menghargai bapa mereka. Anak-anak, mohon memahami keadaan bapa kamu apabila dia letih, faham ketika dia berkata tidak, faham ketika dia tidak dapat mengambil kamu dan faham jika apa sahaja yang dia lakukan semuanya adalah untuk keluarga.

 

“Terima kasih. Sayang awak. @aarondwiaziz. Satu-satunya perkara yang lebih baik daripada mempunyai awak sebagai suami adalah anak-anak kita mempunyai awak sebagai bapa mereka. Alhamdulilah, terima kasih Allah S.W.T,” tulisnya.

Ads

View this post on Instagram

Alhamdulilah. As much as we wives want to be appreciated, our husbands deserve to be hugged and thanked for all their kindness and hardwork. May Allah swt always keep my husband safe from any harm. Two days ago he came back from work and Meletop looking really really tired sampai nak makan pun can’t open his eyes. I hope our children will appreciate you dar. Children, pls understand daddy when he’s tired, understand him when he says No, understand him when he losses his cool a little, understand him when he’s not able to fetch you and understand whetever he is doing is all for the family. Thank u dar. Love u. @aarondwiaziz The only thing better than having you for a husband is our children having you for a daddy. Alhamdulilah Thank u Allah swt.

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik) on

“Letih Sampai Makan Pun Pejam Mata.” Kongsi Pengorbanan Suami, Diyana Mahu Anak-Anak Faham & Hargai Kerja Keras Aaron

Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Sumber: IG diyanahalik

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI