Perasan tak biasanya sebelum kita disuntik, doktor akan ambil kapas dan sapukan cecair di kawasan yang akan dicucuk jarum.
Umumnya cecair tersebut berasa sejuk dan sekali gus kita anggap cecair tersebut sebagai ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit semasa dicucuk.
Bahkan kita juga sering tenangkan anak-anak, bahawa menerima suntikan tidak sakit sebab doktor akan bagi ubat bius.
Itulah tanggapan kita yang sedikit sebanyak sebenarnya memberi rasa lebih ‘tenang’ bila hendak dicucuk. Lagi-lagi buat yang penakut jarum.
Namun tahukah anda sebenarnya sapuan tersebut bukanlah ubat bius. Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di akaun facebooknya.
Beliau berkongsi kisah apabila ada antara penerima vaksin yang meminta untuk letakkan ubat bius tersebut banyak sedikit agar dia tidak berasa sakit.
Ini perkongsiannya.
“Doktor! Letak ubat bius tu banyak sikit tau!”
Saya sedang sapu alkohol di lengan seorang penerima vaksin, dia minta letak banyak sikit, supaya tak sakit. Ramai juga penerima cakap begini sepanjang program vaksinasi ni. Bermakna masih ada yang keliru.
Saya percaya, ramai yang tahu, tetapi tidak salah rasanya dijelaskan semula. Sapuan yang dibuat sebelum suntikan tu, bukan ubat bius untuk mengurangkan kesakitan semasa suntikan.
Sapuan itu adalah sapuan alkohol. Ia disapu di kawasan suntikan untuk membasmi kuman, agar ketika suntikan nanti, tiada kuman yang akan ikut masuk ke dalam badan.
Pendek kata, ia untuk elakkan jangkitan kuman.
Namun begitu, sapuan alkohol ni agak dingin, dan sesetengah orang akan mengaitkan ia dengan rasa kebas. Justeru, merasakan ia dapat mengurangkan kesakitan semasa suntikan.
Ada tak bius jenis sapuan?
Ada!
Krim EMLA (lidocaine + prilocaine) 5%: Ia disapu pada bahagian yang mahu dikebaskan, 30-60 minit sebelum suntikan dilakukan. Namun, bukanlah langsung tak rasa sakit.
Penerima suntikan masih boleh rasa sakit. Kesakitan kerana tusukan jarum akan berkurang, tetapi kesakitan kemasukan ubat ke dalam otot tetap akan sama. Kebasnya hanya pada kulit.
-Gel xylocaine(lidocaine): ia adalah gel yang disapu pada membran mukosa, iaitu permukaan kulit yang menyelaputi rongga tubuh, seperti di dalam mulut serta organ dalaman.
Xylocaine juga terdapat dalam bentuk semburan. Gel dan semburan bius ini biasa digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada ulser dan keradangan di dalam mulut serta tekak.
-Semburan ethylchloride: ia bukan sapuan. Semburan ini menurunkan suhu kawasan semburan akibat penyejatan ethyl chloride secara mendadak, lantas menyebabkan kekebasan sementara.
Semburan ini juga digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat kecederaan sukan. Rasanya, ramai orang pernah lihat semburan ini digunakan semasa acara-acara sukan.
-Krim proctosedyl: krim sapuan ini mengandungi cinchocaine (bius) dan hydrocortisone (steroid). Ia memberi rasa kebas, tetapi lazimnya digunakan sebagai salah satu rawatan buasir.
Selain dalam bentuk krim, proctosedyl juga ada dalam bentuk suppositori(juga dikenali dikalangan orang awam sebagai “ubat peluru”). Suppositori ini dimasukkan ke dalam dubur.
-dan lain-lain.
—
Kenapa doktor tak gunakan bius sebelum suntikan?
Ada situasi doktor akan gunakan, dan ada masa, tidak. Semuanya bergantung pada penilaian doktor itu sama ada berbaloi atau tidak penggunaannya (dari aspek keberkesanan, kesan, masa dan kos).
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.