Kebiasaannya, bagi ibu-ibu yang bekerja, pulang sahaja ke rumah, mula menyibukkan diri di dapur. Hendak menunggu ayam dan daging lembut mengambil masa yang agak lama. Daging terutamanya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar lembut.
Selain mengeluarkan daging daripada tempat beku pada awal pagi, sebelum keluar bekerja, sebenarnya salah. Ini yang dikongsikan menerusi page Public Health Malaysia.
Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi… dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak.
Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Selain kaedah di atas, ada cara pantas untuk melembutkan daging ini.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Ektra Tip, Cara Empukkan Daging:
- Ketika memasak daging, hanya masukkan daging ke dalam periuk atau kuali tanpa air dan biarkan ia masak sendiri. Daging mengeluarkan airnya sendiri dan ia akan lebih cepat masak.
- Ketika menggoreng daging atau merebus, letakkan sedikit serbuk perasa seperti ajinomoto ke dalamnya. Sangat membantu!
- Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Toskannya hingga kering dan masak seperti biasa dengan api kecil.
- Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
- Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
- Cara lain, boleh juga carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging.