Jika hendak tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama wajib letak duit siling dalam freezer. Sesuai sangat tip ini dipraktikkan ketika ingin pulang ke kampung semasa musim perayaan mahupun pergi bercuti dalam tempoh yang lama.
Apabila kita meninggalkan rumah dalam jangka waktu yang lama, sudah tentulah kita akan tutup semua lampu-lampu dan plug untuk keselamatan selain mengelak pembaziran. Kebiasaannya kita tidak akan menutup suis peti sejuk dan dibiarkan selama 24 jam bagi menjamin kesegaran makanan yang ada dalam peti sejuk.
Namun apa yang akan terjadi jika dalam masa lima hari kita tinggalkan rumah, rupa-rupanya tiga hari pertama itu rumah kita ‘blackout’ tapi semasa kita sudah balik, elektrik sudah kembali pulih. Apa yang terjadi pada peti sejuk kita sepanjang tiada elektrik? Berikut perkongsian daripada Rizzal Abdullah.
Artikel berkaitan: Ikan Kekal Segar Macam Baru Beli Di Pasar, Begini Cara Simpan Dalam Freezer
Peti Sejuk Bau Hapak? Ini Cara Untuk Jadikannya Harum Semerbak Semula
Ramai orang tidak tahu apakah tujuan sebenar perkara ini dilakukan. Perkara ini sangat penting tapi ramai yang tidak buat. Sebenarnya jika kita meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama, kita tidak tahu bilakah kalau ada gangguan bekalan elektrik di rumah? Kalau ada gangguan bekalan elektrik kita sendiri pun tidak tahu berapa lama sebelum elektrik sambung balik?.
Pernah tak kita terfikir tentang stok barang basah seperti ayam, ikan, daging dalam peti sejuk? Nugget, sosej dan daging burger pula bagaimana? Kalau bekalan terputus selama 2-3 jam tidak mengapalah bagaimana pula kalau sehari suntuk atau berhari-hari? Kita mesti fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.
Kalau semua bahan-bahan mentah itu sudah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Selepas elektrik sambung semula, peti sejuk (freezer) akan bekukan semula semua bahan-bahan mentah itu. Mungkin ada bahan-bahan itu sudah rosak dan kita tidak perasan.
Betul juga. Kalau tak perasan rasa macam masih elok lagi (sebab masih beku), masak buat kari selepas itu makan. Bahan mentah yang telah rosak akan menyebabkan keracunan makanan.
Apa kaitan dengan duit syiling?
Jika hendak tinggal rumah dalam tempoh yang lama, jangan lupa letak duit syiling dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer).
Barang yang diperlukan:
Syiling
Gelas plastik yang lut sinar
Air
Apa perlu buat:
*Mula-mula isi air dalam gelas plastik 3/4 penuh dan letak dalam freezer. Biar jadi ais.
*Selepas itu letak duit syiling di atas ais itu.
*Setiap kali balik ke rumah selepas cuti panjang, check syiling dalam gelas itu.
*Kalau syiling itu masih di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus!
*Tapi kalau syiling itu di lantai bekas (bahagian bawah bekas) bermakna ais itu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
*Buang sahajalah semua bahan makanan atau minuman yang berkemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat.
Islam sangat mengambil berat tentang permakanan yang baik, bersih, suci, selamat serta halal. Makanan merupakan suatu keperluan asas harian yang diperlukan oleh manusia. Maka sebab itulah kita perlu menitikberatkan soal kebersihan sumber makanan serta ianya selamat dimakan atau tidak.
Moga perkongsian ini membantu kita memelihara kesihatan kerana Islam sendiri amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan. Sumber makanan yang baik juga mencerminkan keperibadiaan seseorang insan.
Sumber kredit: Rizzal Abdullah via sekkito.com
Baru Letak Makanan Dalam Peti Sejuk Dah Basi? Semak Semula Kesalahan Semasa Simpan!