
Taugeh antara yang sayuran yang cukup mudah disediakan. Tetapi jika tersimpan lama ia akan cepat berubah warna daripada putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini perkongsian tip dari saudari Norhaniza Kamaruddin menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Selalu kalau beli taugeh simpan dlm peti ais lebih dua hari mesti dah jadi hitam2 kan???
Saya share petua yang saya amal kan….
hanya letak sekeping asam keping…biar dalam peti ais berendam……nampak baru & rangup jugak…mula2 dulu memang tak percaya…bila dah tengok sendiri..baru la berani share dalam ni…
Kalau petua ni semua org da tahu..sy mintak maaf ye mybe sy tertinggal ketapi
Kes Buli Lagi! Anak Saudara Berhenti Sekolah SBP Masuk Sekolah Biasa Tetap Berjaya. Pengakuan Lelaki Ini Bikin Netizen Kagum!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan video kes buli pelajar di sebuah sekolah asrama penuh yang dilakukan secara berkumpulan.
Lebih menyedihkan perlakuan itu dilakukan oleh sebuah sekolah elit yang terkenal dengan pelajar yang mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang.
Namun siapa sangka, kejadian tidak bermoral ini berlaku dikalangan pelajar yang dikatakan pintar.
Rentetan daripada itu pelbagai luahan dan pengalaman yang dikongsi oleh para netizen yang mengikuti kisah itu.
Begitu juga dengan perkongsian oleh saudara Sharimi Shaharudin
yang mendedahkan anak buahnya turut mengalami situasi yang sama. Malah telah bertukar ke sekolah biasa. Lebih manis pelajar berkenaan tetap berjaya melanjutkan pelajaran biarpun mengikuti pembelajaran di sekolah biasa.
Kes buli memaksa pelajar bertukar sekolah biasa.
Anak sedara aku berhenti MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar, masa tingkatan 1, baru beberapa bulan sekolah kerana kes BULI.
Dan berapa hari lepas, viral kes buli di MRSM yang sama. Lepas anak sedara aku berhenti di MRSM nie, sambung balik di SMK Clifford, dan alhamdulilah cermelang SPM, kini sambung belajar di Matrikulasi Gopeng. Sekolah Clifford, sekolah aku tu..haha..
Boleh jer berjaya di sekolah harian biasa jika ada kemahuan. Alhamdulillah.
Yang aku nak cerita, awal masa dia nak stop tu, ada juga rasa kecewa, sebab bukan mudah nak masuk sbp. Tapi hari demi hari kena buli, sampai ke benda tajam…ape ke heynye.
Apa kata cikgunya?
Biasalah budak budak…
Kene belajar jadi kuat…
Nak report kita dah report…nak jaga nama baik punya pasal…1 tindakan pun tarak…
Bagus sangat viral nie…kasi ajar sikit..
Saman jer..tuntut ganti rugi..
Tak yah bagi peluang, buang masa simpan pembuli. Budaya bongok yang dikekalkan. Duk asrama jer kene buli… Ada abg besar, abg kawasan. Bila dah jadi macam nie…minta maaf, minta maaf…kecik jadi pembuli…besar jadi pembunuh…elok la tu…
Kita nie lahirkan pemimpin ke, atau penjenayah? Orang nak kata lembik, tapi takkan nak tunggu sampai hilang nyawa, baru nak ambik tindakan?
Ya, ada banyak kelebihan masuk sbp, tapi bila melibatkan nyawa nie, pihak atasan tolonglah beri perhatian. Warden kat mana? Barisan guru hebat di mana? PIBG?
Buli nie yang kita nampak kena rakam tu jer, yang tak rakam banyak lagi. Janganlah ada mindset, tak asrama lah kalau tak ragging. Oiii nie dah nak masuk 2022, tinggikan sikit akal pemikiran tu…
Sedih aku melihat, pandai dah pandai…tp bodoh juga si pembuli nie…
KATAKAN TIDAK UNTUK MEMBULI.
Sumber: Sharimi Shaharudin
‘Bedebus’ Angin Keluar & Badan Pun Rasa Ringan. Wanita Ni Kongsi Pengalaman Amal Minum Air Rebusan Pandan!

Bila rasa banyak angin tersimpan di dalam badan, pastinya kita akan tidak selesa dan lebih-lebih lagi pada bahagian perut akan terasa senak dan sebu. Sebolehnya kita berusaha agar angin tersebut dapat dikeluarkan barulah kita berasa lega.
Menyentuh tentang mengeluarkan angin ini, ada orang mudah sahaja dengan menyapu minyak angin, sendawa atau kentut dapat selesaikan masalah itu. Namun tidak dinafikan ramai juga rasa sukar selesaikan masalah angin dalam badan ini.
Jadi bagaimana caranya untuk pastikan badan terasa ringan dan tidak terasa berangin?
Mungkin ini cara terbaik yang boleh anda amalkan iaitu dengan amalkan minum air rebusan pandan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Azurah Ahmad yang telah 2 tahun mengamalkannya dan dia sendiri merasai perbezaan sebelum dan selepas amalkan petua ini.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Air rebusan daun pandan
Bahan-bahan:
Berapa helai daun pandan
2 inci halia-diketuk
1 ketul gula batu
Cara penyediaan :
- Rebus semua bahan di dalam air, dari 2 gelas jadikan 1 gelas.
2. Minum ketika suam. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Manfaat minuman ini
Alhamdulillah dah masuk 2 tahun saya amalkan, badan rasa ringan. Saya ingat lagi, kali pertama cuba petua ini selepas 6 bulan bersalin. Petua ini pun saya dapat daripada facebook juga, tak sangka memang serasi dengan badan.
Fungsi air ni bagus untuk buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut. Ikutkan elok buat 2 kali sehari tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je dua jam sebelum tidor. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.
sumber : Azurah Ahmad via MAHN
Simpan 8 Bulan, Cili Masih Kekal Segar! Ni Rahsia Nak Bagi Tahan Lama

Selalu kalau pergi ke pasar, nak beli cili semestinya beli dalam kuantiti yang banyak. Tak lengkap kan kalau masak makanan tak pedas, ye tak? Tapi kalau beli banyak ni, ara nak simpan pun kenalah betul. Kalau tak betul, cepat rosak jadinya! Dah lah bukan murah harga cili sekarang ni. Memang kena jimat!
Sebelum ini banyak tip yang diberikan cara simpan tahan lama cili, tetapi cara satu ini yang min pun pertama kali tengok. Yang lebih menakjubkan, cili yang disimpan pula tahan sampai 8 bulan! Fuhhh kena tiru ni!!! Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh Puan Haslinda ini!
TIP SIMPAN CILI, 8 BULAN PUN MASIH SEGAR
“Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar.”
Selain cili besar, cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan cili api. Ini langkah yang perlu dilakukan untuk:
1. Basuh dan tos cili supaya kering.
2. Sediakan botol mineral kosong kemudian masukkan cili tadi di dalamnya. Tak perlu buang tangkai.
3. Selepas masukkan cili, tutup botol dengan penutup.
4. Simpan botol berisi cili dalam peti sejuk di ruang letak sayur.
Selain cili tahan lama, boleh juga guna semula botol mineral.
Bukan hanya cili, malah halia dan bawang juga boleh disimpan dengan cara ini dan tahan lama. Hebat kan? Selamat mencuba!
Sumber: Has Linda
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini