Setiap kali dapat jemputan kahwin, selain nak tengok wajah pengantin tetamu juga tak sabar nak dapat ‘buah tangan’ dari majlis tersebut. Selain itu, tetamu khususnya kaum ibu sibuk nak melihat apakah barangan hantaran yang dibawa oleh kedua belah pihak.
Jika dahulu, barangan keperluan peribadi seperti beg tangan, kasut, baju sehinggalah ke minyak wangi menjadi pilihan raja sehari. Namun seiring dengan peredaran masa, pasangan pengantin semakin kreatif dan bijak memilih barangan yang sesuai dan tahan lama untuk digunakan selepas majlis kahwin.
Baru-baru ini menerusi satu posting di laman Twitter telah menarik perhatian netizen, apa tidaknya, pilihan barang hantaran mereka lain dari yang lain dan unik untuk diberikan pada majlis perkahwinan mereka. .
Antara barangan tersebut termasuklah set kelengkapan rumah seperti perkakas rumah dan banrangan elektrik. Sehingga kini tweet berkenaan telah mendapat sebanyak 19,800 ulang kicau dan 14,100 tanda suka oleh netizen di Twitter.
Sebelum itu, perkongsian tersebut telah screenshot daripada InstaStory seorang make up artis (MUA). Kemudiannya telah dimuat naik semula di akaun Twitter Ayu Kurus.
Rata-rata bersetuju dengan idea bernas dari pihak raja sehari itu. Malah, ada yang mahu mengikut idea tersebut.