Lesung Batu Semakin Tumpul, Begini Cara Nak Tajamkannya Semula, Baru Puas Hati!

Share

Lesung batu yang semakin kerap digunakan waktu bulan puasa ni buat ia semakin tumpul. Proses menumbuk bawang atau sambal belacan jadi tidak lancar gara-gara lesung dan anak lesungnya yang semakin tumpul.

Kalau tiap kali tumbuk sambal tapi susah nak hancur dan lumat, tu maknanya lesung batu kita dah tak berapa nak tajam. Proses tumbuk sambal patutnya sekejap saja jika batunya benar-benar tajam.

Jika anda mengambil masa yang agak lama ketika proses menumbuk, itu bermakna lesung batu kita dah kurang tajam dan tidak lagi berfungsi dengan betul.

 

Tau tak lesung batu yang terlalu lama juga akan mengakibatkan permukaan jadi licin dan haus. Macam mana nak tajamkan lesung batu ini? Jangan pandang mudah. Walaupun lesung batu bukanlah perkakasan utama tapi ia sangat membantu kerja-kerja memasak. Rasa pun sedap kalau ditumbuk.

Macam mana nak jaga dan tajamkannya?

BAHAN-BAHAN:
Garam kasar
Kulit Kerang

1. Caranya adalah mudah sahaja, ambil garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu.

2. Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.

3. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan kulit kerang. Tumbuk kulit kerang kerang hingga hancur dan bersihkan permukaannya.

4. Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar. Cubalah.

Tip Jaga Lesung Batu
Siapa kata lesung batu tidak harus dijaga dengan baik. Untuk menjadikan lesung sentiasa bersih, tajam dan terjaga kondisinya, harus ada caranya. Cuba tip yang diberikan ini.

* Selepas digunakan, pastikan lesung batu dibasuh bersih

bagi menghilangkan baunya.

* Jika perlu, gunakan sabun untuk hilangkan bau-bauannya.

* Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.

* Selalulah menumbuk garam kasar di dalamnya bagi menajamkan matanya.

* Sesekali tumbuk sebarang jenis cengkerang bagi menajamkan lagi matanya.