Lesung batu biasanya memang akan ada kesan-kesan kunyit dan cili yang melekat tebal. Memang agak payah untuk menghilangkan kesan tersebut seakan sudah sebati. Kesannya bila hendak tumbuk ramuan masakan lain seperti rencah untuk sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Bahan yang diperlukan:
Pes cuci pinggan
Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.
5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.
Sumber: Namakucell
Baca artikel berkaitan: Nak Tajamkan Lesung Batu, Patuhi Langkah Ni, Confirm Puas Hati!