Lesung batu biasanya memang akan ada kesan-kesan kunyit dan cili yang melekat tebal. Memang agak payah untuk menghilangkan kesan tersebut seakan sudah sebati. Kesannya bila hendak tumbuk ramuan masakan lain seperti rencah untuk sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Bahan yang diperlukan:
Pes cuci pinggan
Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.
5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.
Sumber: Namakucell
Baca artikel berkaitan: Nak Tajamkan Lesung Batu, Patuhi Langkah Ni, Confirm Puas Hati!
‘Rezeki Sempit Sebab Sakitkan Hati Dan Tak Jujur Pada Isteri.’ Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Benar Seorang Lelaki Yang ..
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sering menyampaikan dakwah tanpa memilih agama, bangsa atau latar belakang untuk dibantu. Tutur katanya yang lemah lembut serta pembawakannya yang sederhana menjadikan beliau senang didekati oleh ramai orang.
Di laman sosialnya, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan kisah benar tentang kisah sepasang suami isteri rezeki. Yang mana masih mencari sebab kenapa rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini.
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni.
Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan. Ya Allah….kaulah segalanya..
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..Iyerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kasih pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya.. Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.
Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. Saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibu bapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut.
Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..Bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki. Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri.
Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.
Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.
Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab.
Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.
Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati.
Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah.
Sumber : Ustaz Ebit Lew
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jangan Sewenang Sign Tow Truck Datang Paling Awal Lepas Kemalangan. Ni Step By Step Perlu Buat!
Kalau dah takdir menentukan kita hadapi kemalangan, berjaga-jaga macam mana pun tetap boleh berdepan dengan perkara buruk itu.
Selalunya, bila berdepan dengan situasi begini, kita akan bertukar menjadi panik. Lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali dalam hidupnya hadapi kemalangan atau yang punyai darah gemuruh. Waktu itu, segala yang kita lalukan separa sedar dan menyebabkan boleh berlakunya membuat keputusan yang kurang tepat.
Salah satunya seperti yang diceritakan oleh seorang pengguna laman Twitter, Syahrul Anuar di mana bila berhadapan situasi kemalangan, jangan mudah untuk menerima khidmat tow truck yang datang paling awal. Jangan terus tandatangan apa-apa dokumen ketika ini. Berikut adalah sebab dan penjelasan beliau.
Jom ikuti pengalamannya sendiri yang terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk atau total lost yang boleh dijadikan panduan untuk kita.
Jangan buat kesilapan ini
Kami baru accident teruk. Kereta total loss! Jangan buat kesilapan yang kami buat ni. Ingat sampai bebila.
Waktu kami accident hari itu, within few minutes wife accident dia terus didatangi brother tow truck & minta dia sign. And she sign tanpa fikir. Ye lah, tengah panik & shocked kan.
So when i arrive, i decide to use Honda tow program. Malangnya call centre Honda tak angkat call. Jadi kena nego dengan brother tow truck untuk minta jasa baik dia bawa kereta ke workshop under Honda official.
Aku insist kalau kau tak bawak ke bengkel pilihan kami, saya takkan benarkan u tow. And aku record janji dia utk bawak ke official Honda repair centre.
Kenapa tak cancel je? Nak cancel kena bayar RM500 cancellation fee! Gila, padahal kos sebenar dalam invols tak sampal RM 250.
Alah, bengkel memana pon sama saja!
Tidak semestinya!
Sebab aku nak barang ori sebab kereta ada takaful yang boleh cover takaful. Sayang la kereta baru. Tapi ditakdirkan, kereta aku total loss. So takyah la repair! So, apa jadi lepas tu? Macam mana aku dapat cash back lepas accident?
Lepas accident
Jangan panik, jangan terima servis external tow truck selain yg berdaftar dengan takaful korang!
Nota: Post ini bukan bermotif nak burukkan third party tow truck. Matlamatnya, nak kongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang ramai. Semoga Allah pelihara kita semua.
Jadi, lepas accident first thing kena
1. Call official tow truck dari takaful company korang.
2. Segera ke balai polis buat laporan polis. Kat situ, polis akan ambil gambar dan keterangan. Kalau injured, pergi klinik dulu, baru ke balai. Ni abang polis cakap camtu.
3. Settle urusan laporan polis, korang kena print report polis di balai trafik. Simpan elok-elok. Memudahkan urusan claim nanti.
4. Lepas report polis, boleh singgah ke bengkel untuk ‘check in’ kereta korang (daftar).
5. Dalam sehari bekerja biasanya wakil bengkel kereta korang akan call minta dokumen
– Driver license IC
– Polis report
-Gambar (optional)
6. Pihak bengkel akan bantu submit claim report ke pihak takaful. Biasanya dalam 3 hari bekerja korang akan dapat notification dari takaful kata permohonan
diterima.
7. Lepas permohonan diterima, pihak takaful akan arrange adjuster untuk asses keadaan kereta korang sama ada boleh dibaiki atau total loss
8. Ha, part adjuster ni kena bagi perhatian khusus kat mereka. Dalam beberapa hari, adjuster akan datang ke bengkel untuk tengok apa yg rosak dan keluarkan claim report. Untuk kes aku, 2 minggu juga aku push gila-gila. Last sekali dapat ke bos adjuster baru kes aku nak gerak.
9. So aku cakap ke adjuster, tolong tengok elok-elok. Kalau perlu total loss, total loss kan saja. Sebab apa guna repair, kalau esok-sok saya kena datang bengkel lagi.
“Kalau ni kereta u, u nak buat apa?”
Aku psiko gitu ja. Tak tau la berkesan ke tak.
So lepas adjuster dapat report kerosakan, Adjuster akan submit ke Takaful. Kalau takaful puas hati dengan kos kerosakan dan justification adjuster, boleh mula repair
TAPI
Dalam kes aku, takaful aku tak puas hati tengok kerosakan quotation first
First result 7/6/22
Kos repair first quotation= RM 70k
Jadi, takaful suruh asses semula & STRICTLY DO
NOT COMMENCE REPAIR. So terpaksa la aku tunggu 2 minggu lagi. 28 Jun baru dapat call dari takaful kata confim total loss. Sebab kos rosak dekat RM90k (beyond economic repair sebab more 80% Sum insured). So 30 Jun aku dapat letter offer takaful untuk bayar full insured amount ke bank.
10. Jadi, aku pun kena dapatkan letter of undertaking dari bank maybank utk membolehkan takaful bayar ke akaun aku. Sini aku stuck 2 minggu sebab tak tahu nak call sapa. Rupanya kena pergi auto loan department maybank (kes aku di Jalan Kelang Lama). Sehari saja diorang proses surat.
Lepas dapat surat LoA dari bank dan up surat settlement baki kereta.
Aku kena submit dokumen claim ke takaful
-Geran kereta ORI
– Kunci kereta ori
– Surat bank
– Lesen
– dan surat JPJ
Aku submit 26 Julai. Sumpah syukur;
1 Ogos, takaful bayar bank
2 Ogos, loan account dah kosong.
3 Ogos, dah dapat duit lebihan claim aku dari bank
(sebab ada cashback)
So to recap lepas accident
1. Call tow truck official
2. G balai polis
3. Submit document ke bengkel
4. Tunggu adjuster utk jawpan
– repair atau
– total loss
5. Kalau repair
– tunggu sampai siap
6. Kalau total loss
– submit docs elok2 ke bank & takaful
– tunggu approval
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Jiwa Dikatakan Merdeka Bila Hati Memiliki Beberapa Perkara Ni. Boleh Semak!
Kemerdekaan yang kita miliki kini sewajarnya dimaknai dengan erti kebebasan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, pemikiran malah jiwa kita juga.
Menariknya tentang jiwa merdeka ini, wanita ini menyenaraikan 10 tips untuk memilikinya. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
10 TIPS UNTUK MEMILIKI JIWA MERDEKA
1. Jangan pernah menyesali sesuatu kerana akan tiba masanya nanti kita akan faham bahawa semua yang berlaku itu adalah yang paling terbaik untuk kita.
2. Bertindak seiring dengan apa sahaja yang kita inginkan. Jiwa yang merdeka akan merdekakan diri dengan mencapai impian mereka. Tidak bertangguh, memberikan banyak alasan. Membesarkan halangan. Tidak takut kepada saingan.
3. Bagaimana untuk tidak takut kepada saingan? Jiwa yang benar-benar merdeka akan letakkan keyakinan kepada Allah di tempat yang pertama dalam segala hal. Yakin rezeki itu dari Allah dan yakin bahawa jika rezeki itu milik kita, biar di dasar lautan pun ia tetap akan tiba. Yakin bahawa segala ketentuan dari Tuhan adalah yang paling baik. Selagi tak ada ini, minda kita tidak merdeka.
4. Hati yang merdeka itu tidak “dijajah”. Bagaimana hati yang dijajah? Tidak sedih dan kecewa disebabkan kata-kata dan perbuatan orang lain. Kalau kita letakkan bahagia dan hati kita dalam genggaman orang lain, bererti hati kita masih dijajah. Tak kiralah samada oleh pasangan, kawan rapat atau siapa sahaja. Jiwa yang benar-benar merdeka itu seharusnya lebih tenang.
5. Mudah memaafkan dan melepaskan. Bukan kerana kita salah dan kalah. Tetapi hati dan jiwa yang benar-benar merdeka itu lebih mengutamakan ketenangan dari dendam.
6. Jika kita benar-benar merdeka….kita pasti berusaha untuk tidak meninggalkan tanggungjawab kita kepada Tuhan. Iaitu bersembahyang. Selalu saya tulis tip ini hampir dalam setiap tulisan saya kan? Ya, kerana ianya adalah syarat utama untuk mencapai apa sahaja dalam hidup termasuk untuk memiliki hati yang merdeka.
7. Jiwa yang merdeka itu tidak ada benci dan dendam. Apa lagi jika mahu menulis atau berkata yang tidak baik tentang orang lain. Diam ketika marah dan tidak berkata ketika tidak punya kata-kata yang baik untuk diluahkan. Jika kita benar-benar merdeka, kita boleh mengawal kata-kata dan perbuatan kita.
8. Hati yang benar-benar cukup merdeka tidak langsung perlukan “pengiktirafan” orang lain untuk menunjukkan mereka kaya, bahagia, memiliki (apa lagi memiliki apa yang orang lain tidak punya). Anda faham bukan?
9. Jiwa yang merdeka penuh dengan rasa cinta dan bahagia. Penuh empati dan kasih sayang. Tahukah anda bahawa hati yang tidak mencintai tidak akan dicintai? Ha… Jadi jika nak ada rasa bahagia (penuh dengan happiness) kena ada rasa kecintaan dalam diri ya. Biasanya orang yang punya sifat ini akan dikelilingi oleh ramai kawan. Kerana “love and emphaty vibes” itu boleh “sampai” kepada orang lain juga.
10. Hati dan jiwa yang merdeka itu tetap pendiriannya. Tidak mudah goyah. Jika melakukan sesuatu, tidak akan pernah putus asa. Jika jatuh sekali, akan bangkit 10 kali. Jika patah sayapnya maka dia akan bertongkat paruh. Tidak takutkan cabaran. Tidak gentar dengan ujian. Hati dan jiwa yang merdeka itu cukup matang untuk berdepan dengan apa sahaja dalam hidup. Dan juga cukup tahu, bahwa selagi mana kita masih bernyawa… Ujian akan sering hadir bersilih ganti dalam hidup. Jadi, jalan terus sahaja ya!
Senyumlah setiap hari kerana hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.
Salam Kemerdekaan dari saya…
Kita anak Malaysia!
Sumber :Dzuriasikim Dzulkefli