Kekeluargaan

Lesti Kejora Selamat Bersalin Anak Kedua, “Selamat Datang Puteri Cantik Papa, Ibu”

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billaz yang menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagramnya, pasangan selebriti popular itu berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.

“Alhamdulillah, berita gembira menyelubungi kami sekeluarga kerana pada 25hb, ketika jam sudah masuk waktu subuh, kami mendapat ahli keluarga baru iaitu seorang puteri cantik berwajah cantik dan pipi merah jambu.

“Pandangannya membuatkan saya kagum dengan tangisannya yang memecah suasana ketika subuh bersiap sedia untuk ketibaannya.

“Selamat datang ke dunia puteri cantik Papa dan Ibu.

“Dunia yang tidak selalu membawa kebahagiaan kepada kamu tetapi akan sentiasa ada cinta dan kasih sayang dari kami kamu,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi entri itu juga, sekeping gambar ketika proses kelahiran menyambut puteri kesayangan itu turut dikongsikan Rizky dan Lesti. Sekeping gambar penuh kenangan untuk hari-hari mendatang.

Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama menitipkan ucapan tahniah diruangan komen.

Terdahulu Lesti Kejora dan Rizky Billar turut dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.