Makang tidak berbau, kealpaan mengundang padah buat Najdi 30, bekas anggota kumpulan UNIC apabila berdepan detik cemas apabila bayi berusia dua minggu jatuh dari ketinggian satu meter.
Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Hanya Dalam masa tempoh kira-kira dua minit, anak keempatnya iaitu Wan Mishary yang ditinggalkan di atas meja makan di tingkat bawah bersendirian jatuh ke lantai.
“Lepas tukarkan baju baby, saya biar atas meja… sepatutnya letak atas katil dulu. Isteri mandi waktu tu.
“Saya naik atas sekejap untuk tukar baju. Sekejap je dalam seminit atau dua minit… ketika nak sarung baju tiba-tiba dengar baby menangis, rupa-rupanya dah jatuh.
“Saya orang terakhir yang pegang, kesilapan datang daripada saya. Lepas kejadian saya dan isteri hanya mampu berdoa dan menangis… masing-masing salahkan diri,” katanya ketika dihubungi mStar.
Kesan bengkak di kepala
Ekoran itu, Najdi segera membawa bayinya itu ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.
“Malam selasa doktor pakar buat ultrasound untuk periksa kalau ada pendarahan dalam kepala, Alhamdulillah tiada… tapi kena monitor 24 jam.
“Setakat sekarang ni okey, tapi apabila baby bangun tidur dia akan terkejut sikit. Ada kesan bengkak di kepala bahagian kiri,” katanya lagi.
“Rupa-rupanya anak saya nombor yang nombor dua tu tarik napkin dia… napkin dia tu saya guna balut baby.
“Saya bukan nak salahkan sesiapa, cuma saya kesal benda ni jadi.
“Anak saya ni ada autisme sikit dan memang tak boleh nak salahkan dia, jadi salah diri sendiri,” katanya.
Guna meja makan tukar lampin dan baju
Akibat trauma dengan kejadian tersebut, Najdi dan isteri kini tidak lagi menggunakan meja makan sebagai tempat untuk menguruskan bayi.
Ads
“Isteri saya gunakan meja makan untuk jadikan tempat tukar lampin dan baju, lepas tukar baju baru letak di katil.
“Sebelum ni saya pun pernah tegur jangan tukar baju baby atas meja, takut tertinggal,” katanya.
Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Wan Nur Maisarah,5, Wan Mustapha,3, Wan Medina,2, dan yang terbaharu Wan Mishary,2 minggu.
Dalam perkongsian terbarunya, Najdi memuat naik gambar bayinya yang sudah keluar daripada hospital dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buat anaknya.
Resipi Bebola Kentang Inti Ayam Pop Corn, Kudapan Minum Petang Seisi Keluarga
Kalau anda sekeluarga suka makan bergedil, ini ada resipi versi baru yang hampir sama dengan bergedil tetapi berintikan ayam pop corn. Sedap dan senang sangat cara membuatnya. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau boleh juga dijadikan menu bekalan anak ke sekolah atau untuk anda sendiri ke pejabat.
Boleh buat lebih untuk difrozenkan. Bila-bila masa teringin nak makan boleh terus goreng je. Tak perlu risau bahan pengawet bagai sebab semua bahan kita tahu. Pendek kata kita mak-mak yang tentukan bahan yang kita nak adunkan.
Berikut dikongsikan resipi cara-cara membuat bebola kentang inti ayam.
BEBOLA KENTANG INTI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. Lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya popcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Emma Maembong menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Emma Maembong memuatnaik foto bersama ibunya berserta kapsyen ringkas penuh makna sempena Hari Ibu.
Titip Ucapan Hari Ibu Yang ‘Sweet’
Pelakon terkenal ini memberi ucapan ringkas dan penuh kasih sayang untuk ibunya di media sosial, sempena Hari Ibu.
“Happy mother’s day mama , you are the best mom anyone could ever have
Setiap anak kita berbeza. Anak sulung sifatnya serius malah penuh daya kepimpinan. Lain pula kisahnya dengan anak kedua. Pelbagai ragam yang perlu diceritakan.
Bagaimana kisahnya dengan anak keempat? Jarang-jarang diketengahkan. Rupanya anak nombor empat ini juga punya keistimewaannya yang tersendiri.
Jom kita intai kelebihan anak nombor empat yang jarang-jarang kita ketahui.
1. Berdikari
Bergelar anak keempat, mereka sering mempunyai tingkah laku yang berbeza daripada adik-beradik yang lain. Anak nombor empat difahamkan lebih suka berdikari dan mencuba sesuatu perkara baru.
2. Pandai jaga emosi
Fakta anak nombor empat yang seterusnya adalah pandai menjaga emosi. Hal ini kerana mereka berada di pertengahan kelahiran malah mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap ADHD berbanding adik beradik lain.
Bukan itu sahaja, anak keempat juga lebih mudah mengawal emosi apabila berinteraksi dengan ibu bapa dan orang lain.
3. Pandai tawar menawar
Kajian mendapati anak nombor empat memiliki skil dalam tawar menawar. Mereka difahamkan lebih pandai berkomunikasi dan membuat rundingan dalam sesuatu perkara berbanding orang lain.
4. Pandai bahagiakan diri sendiri
Sebagai anak ke-4, jika ibu bapa yang sibuk bekerja, dia akan melakukan aktiviti lain untuk menghiburkan diri sendiri. Antara aktivitinya adalah menonton TV, melukis, membaca buku dan lain-lain.
Ramai yang beranggapan bahawa anak ke-4 atau bongsu adalah yang paling kreatif daripada adik-beradik lain.
5. Pandai bergaul
Fakta pertama tentang anak ke-4 adalah anda pandai bergaul dan mudah berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana anda mempunyai ramai adik beradik yang berbeza ciri-ciri dan secara tidak langsung mampu melatih untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan khalayak ramai.
6. Kuat merajuk
Anak keempat dikatakan kuat merajuk berbanding adik-beradik lain. Sekiranya sesuatu perkara yang sudah dijanjikan tidak dapat, mereka pasti akan merajuk kerana ketepatan dalam segala hal amat dititikberatkan. Betul ke?
7. Pandai simpan rahsia
Fakta yang seterusnya adalah anda pandai menyimpan rahsia. Sekiranya ibu ayah nak tahu sesuatu daripada anak nombor empat, kena ‘korek’ sehingga mendapat maklumat.
8. Setia
Anak nombor empat memiliki sifat setia terhadap keluarga, pasangan, rakan-rakan dan barang yang mereka sayangi.
9. Lembut hati dan baik
Walaupun seorang yang kuat merajuk dan perahsia, anak nombor empat dikatakan sangat lembut hati dan baik. Mereka akan menolong orang tersayang walau apa jua keadaan.
10. Tak suka meminta-minta
Akhir sekali, perangai anak nombor empat adalah tidak suka meminta-minta. Jika inginkan sesuatu, mereka akan berusaha sehingga dapat tanpa menyusahkan sesiapa sahaja.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...