Menanam nanas dan bila dilihat telah mengeluarkan buahnya mesti bertambah seronok rasa dihati. Tak sabar untuk merasai sendiri hasil tanaman yang ditanam.
Pun begitu tahukah anda, pokok nanas yang telah dituai buahnya boleh dijadikan sebagai baka untuk menghasilkan anak pokok yang baharu dengan melalui proses tertentu.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Lepas ambil buah pada Sabtu lepas, saya tak terus cabut pokok nanas MD2 tu. Saya “proses” dulu pokok tu supaya ia dapat hasilkan sulur dengan cepat, banyak dan kualiti pun tip top.
Tengokkan pada pokok ni, insyaAllah saya boleh dapat 5 – 10 sulur nanti.
Ekstra info : Pokok asal tak membesar. Di celah celah daun tu akan keluar anak baru secara berperingkat. Anak tu kita panggil sulur. Bila dah besar, lebih 3 bulan kita ambil anak tu dan tanam tempat lain. 3 bulan lagi akan dapat lagi.
Cara “proses” cukup mudah.
1. Lepas ambil buah, potong semua daun hingga tinggal lebih kurang 2 inci dari batang utama.
2. Lepas seminggu, boleh start membaja dan kawalan perosak dan penyakit.
3. Pembajaan saya guna kaedah siram dengan baja NPK 18.18.18 + mikro. Saya buat dua kali sebulan.
4. Kawalan penyakit dan perosak saya guna racun organik dan cuka kayu. Saya sembur 2 kali sebulan.
5. Dalam masa 2 – 4 minggu, kita akan nampak tunas sulur mula tumbuh. Biasanya 1 sulur 1 pokok. Ada juga 2-3 sulur satu pokok.
5. Lepas 3 bulan, kita dah dapat ambil sulur tersebut untuk ditanam di ladang.
6. Lepas 2-3 minggu kita ambil sulur batch pertama, akan muncul pula sulur batch ke 2. Ia akan ada 1 – 2 sulur.
7. Lepas 3 bulan, kita ambil pula sulur batch ke 2 dan tanam di ladang.
8. Batch ke 3 dan seterusnya berulang setiap 3 bulan sehingga la pokok induk tu mati.
9. Bagi induk yang sihat dan subur, ia mampu menghasilkan 10 -15 sulur nanas MD2.
Sebab tu kalau kena gaya, jual anak benih lagi untung daripada jual buah.
Sumber : Azuan Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club