Selepas hampir tiga bulan tidak bersua muka, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali akhirnya bakal bertemu dengan anaknya pada 1 Mac ini.
Keputusan itu diputuskan selepas sebutan semula kes hadanah yang berlangsung semalam.
Menurut perkongsian Fizi, dia begitu bersyukur malah teruja untuk bertemu dengan anaknya tidak lama lagi selepas hampir tiga bulan tidak bertemu.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur kerana akhirnya dibenarkan untuk bertemu Ameena selama empat hari selepas kira-kira tiga bulan tidak bertemu.
Ads
“Akhirnya, minggu depan, saya dapat ambil Ameena selama empat hari bermula (1 Mac) selepas kira-kira tiga bulan tidak berjumpa.
“Terima kasih puan (peguam) sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walaupun hanya empat hari dan saya sangat bersyukur,” katanya.
Kesempatan selama empat hari itu akan digunakan sebaiknya oleh Fizi untuk bersama anaknya kelak. Malah kata Fizi dia juga berhasrat untuk membawa Ameena ke taman tema serta bertemu kedua ibu bapanya di kampung.
Ads
“Saya akan ambil cuti selama empat hari untuk bawa Ameena berjalan nanti.
“Emak dan ayah juga sangat rindukan Ameena walaupun mereka tidak meluahkannya. Emak juga pegang barang Ameena. Kami sekeluarga sangat rindu padanya,” katanya.
Sementara itu, sebutan semula kes hadanah kekal akan disambung di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Mei depan.
Bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini kerana Shakila Khoriri enggan membenarkannya bertemu anak mereka.
“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,”
Akhirnya pelakon dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad membuat pengakuan mengenai soal jodohnya.
Biarpun berat untuk memperkatakan soal jodoh, dia akhirnya mengakui dalam proses mengenali hati budi seorang wanita untuk dijadikan teman hidupnya.
Namun wanita yang sedang dikenalinya itu bukan atas pilihan diri sendiri malah, ia adalah pilihan ibunya sendiri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi temu bual bersama Melodi semalam, Shuib enggan untuk mendedahkan secara terperinci mengenai wanita tersebut kerana soal jodoh dan perkahwinan adalah rahsia daripada tuhan.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen
bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau jodoh saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,”
SHUIB BERHAK BAHAGIA
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan kebahagiannya supaya mendapat jodoh yang baik. Tambahan pula anaknya masih kecil yang memerlukan perhatian seorang ibu. Antara komen seperti berikut.
“Jodoh ajal pertemuan semua ditangan Allah…andai ada jodoh buat shuib biarlh dy… kita doakn yg baik-baik buatnya.”
“he deserves to be happy. its not easy handle anak anak kecik. nak harapkan mak ayah diorg pun dah tua. bukannya dia ada org lain time arwah ada lg.”
“Demi anak2. Semoga dipermudahkan segala urusan Shuib.”
“Terima dengan ikhlas unguk anak-anak begitu jugak bakal ibu. Saya doakan yang baik-baik.
Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut. Belum masuk bab menunggu masa untuk melahirkan, ibarat nyawa di hujung tanduk.Antara hidup dan mati, tetapi itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan juga ibu.
Kerana itu, suami harus menghargai segala pengorbanan isteri. Tak salah tunjukkan penghargaan dengan memeluk isteri,ucap terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat dan juga berterima kasih sebab sabar menahan sakit.
Demikian yang ingin dikongsikan oleh seorang peguam Sivil & Jenayah yang juga penulis buku dan Usahawan, saudara Mufarwa Farid menerusi laman facebooknya.
Gugur air mata lelakinya tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
12 Januari haritu, merupakan detik paling bersejarah bagi aku; zuriat pertama aku dilahirkan ke alam muka bumi ini. Orang yang paling aku utama untok apresiasi ini, sudah tentulah ibunya, merangkap isteri aku iaitu Ainnur Afiffah. Sepanjang mengandung, terlalu banyak kali Ainnur kata dia takut sakit. Katanya, sejak kecil lagi dia dah takut nak beranak. Dan tempoh 9 bulan itu ibarat bom jangka yang menunggu saja kesakitan itu datang. 11 Januari, waktu kami check-up, Dr Norintan terkejut melihat air ketuban sudah makin sedikit.
“Kena induce macam ni. Tak boleh tunggu sampai 15 haribulan. Kalau boleh, beranak hari ni juga.” Jujurnya, aku tak tahu induce tu mende. Aku fikir, induce tu nama lain bagi caesar. Jadi, aku dok fikir, alahai kesiannya Ainnur, kena bedah perut. Kami pulang ke rumah, makan siap-siap, kemas yang apa yang patut, solat Zuhur, dan pergi semula ke hospital. Terus ke Labour Room. Apabila proses Induce itu berlaku, baru aku tahu Induce tu apa. Diorang masukkan pil ubat dalam rahim, dan membantu bayi untok keluar daripada rahim itu. Daripada jam 3 petang, sampailah 12 malam, tak keluar-keluar. Sepanjang waktu tu, Ainnur mengadu sakit yang amat, cuma boleh ditahan. Malam tu, Doktor suruh kami berjalan-jalan sekitar kawasan hospital. Keluarga Ainnur daripada Batu Gajah dah lama tiba. Mak dan Abah serta adik-adik aku semua dah stanby sejak petang lagi. Pakcik dan makcik Ainnur pun datang dari Kajang. Aku pula, kalau boleh, nak dia beranak haritu juga. Tarikh sedap, 11.1.2020. Namun begitu, jam 11 malam pun takda tanda-tanda anak nak keluar. Hampir sejam berjalan, kesakitan Ainnur makin berkurang. Maka, kata aku, tak apalah, tunggu saja esok. Esoknya, Doktor check, air ketuban dah nak kritikal. Doktor ambil keputusan, pecahkan air ketuban, lepas tu Induce kali kedua. Kali ni, Induce masukkan ubat air dalam tangan, dan effect nya lebih kuat berbanding pil. Jam 11 pagi, Doktor dah masukkan cecair tu dalam tangan Ainnur. Ketuban pun dah dipecahkan. Beberapa minit kemudian, Ainnur rasa sakit yang amat sangat kat perutnya. Berguling-guling, berpeluh-peluh dan tak mampu nak berbual lagi. Kau bayangkan, sakit berguling dia tu, yang dinamakan sebagai contraction, berlaku selama 4 jam. Ini pun, ramai yang kata, agak kejap. Ada orang tu sampai 7 jam. Waktu ni, memang habis semua ayat yang aku hapal, dibacakan kat telinga Ainnur. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan tu, entah berapa ribu kali aku bacakan. Aku siap baca ayat-ayat baru sambil menjenguk ayat tersebut dari Internet.
Ainnur ditawarkan pelbagai ubat dan gas untok tahan sakit, tapi awalnya Ainnur menolak. Dah masuk jam 12.30, Ainnur minta untok dapatkan gas. Setiap kali sakit, tarik nafas kat satu tiub yang menghubungkan dengan satu tong gas. Jam 2 petang, bukaan pintu dah 9cm. Normalnya, 10cm tu tanda untok melahirkan anak. Nurse dah siap-siap barang. Diletakkan lampu, pekakas, ruang katil baby, tempat letak kaki Ainnur dan minta aku sign beberapa borang. This is real shit, man. Kata aku dalam hati. 5 minit kemudian, Doktor datang balik, dia check guna jari dia. “Dah 10cm. Ok Ainnur, push. Letakkan dagu atas dada tiap kali nak push. Doktor dah duduk depan antara celah kaki Ainnur. Hanya Tuhan yang tahu bertapa seksanya Ainnur push push dan push. Aku tak sanggup tengok, tapi aku kena ada situ. Aku tak boleh tulis bertapa gilanya situasi dalam labour room tu. Memang tak boleh. Ia ibarat sesebuah peperangan yang bermatian-matian dilakukan oleh dua-dua pihak. Ainnur push dengan amat-amat-amat gila. Dia menangis, tapi tetap kuat untok tolak kandungan gunakan sepenuh kudrat yang ada. Sementelah, semua Nurse menjerit kata-kata semangat dan menolak perut Ainnur ke arah celah kakinya. Aku pula, sambil ajar Ainnur dah tolakkan kepala dia ke dada, mengintai tengok kat celah kaki Ainnur. Aku rasa nak menangis bila tengok ada seketul kepala berambut keluar daripada rahim dia. Aku jerit pada Ainnur ‘Sikit lagi! Sikit lagi!’ supaya dia percepatkan tolakan dia untok tubuh seterusnya. Hampir 5minit Ainnur push setelah aku nampak kepala tersebut, dan Doktor pun terus jerit, ‘Alhamdulillah.’
Dia meletakkan sekujur tubuh kecil ke atas dada Ainnur. Senyap saja dan menutup mata. Debar gila aku waktu ni. Tapi debaran aku hilang apabila melihat dia membuka mata, tengok sekeliling, dan terus menangis. Syukur. Terus keluar air mata jantan aku weh. Doktor hulur gunting suruh potong tali pusat dia pun menggigil aku dibuatnya. Anak aku sudahpun selamat dilahirkan.
Kami disuruh keluar untok Doktor menjahit rahim Ainnur. Di luar, anak aku dibersihkan seringkas mungkin. Nurse tu terus serahkan pada aku, ‘Encik boleh azan kat dia sekarang.’ Kagum lah aku kejap, sebab nurse tu Cina. Aku azan dan lepas tu iqamat, hampir tak keluar suara. Menang tacink habis moment tu. Manusia kat tangan aku waktu tu, seolah ada magic, yang buatkan waktu tu, terus buatkan hidup aku ada hala tuju. Habis azan, nurse bawa anak aku keluar pintu bilik labour. Mak, Abah dan Ibu mertua, adik-adik ipar dan adik-adik aku semuanya dah menanti. Itu yang aku share gambar ‘terujeee’ haritu. Memang moment 5 minit lepas beranak.
Maka itulah, dia. Aku dah jadi seorang ayah. Benda paling aku tak boleh lupa, bagaimana kesusahan dan keperitan isteri aku nak melahirkan anak ini. Memang amat perit. Lelaki kata lelaki power macam mana pun, belum tentu lagi dapat hadapi proses nak beranak ni. Terima kasih berbanyak, Ainnur. Lahirkan puteri yang akan menjadi kesayangan buat selama-lamanya ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...