Hari demi hari, perkembangan kesihatan bidadari kecil kesayangan Malaysia ini dilihat semakin baik sehingga kembali normal seperti bayi lain. Dia yang kini sudah memasuki usia 2 tahun semakin aktif dan cergas.
Terbaru, Ainul Mardhiah kini bergelar kakak apabila ibunya baru melahirkan bayi lelaki. Berita tersebut dikongsikan oleh bapa Ainul menerusi laman facebooknya semalam.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah swt. Khamis, 3:40pm, Khalifah
Dalam pada itu, Ahmad Safiuddin turut berkongsi gelagat anak sulungnya itu usai bergelar kakak.
Tadi video call mama dia dgn adik dia, habis dicungkil2 hidung si adik dalam telefon. Kalau jumpa depan-depan ni macam mana lah 😅
Lepas ni kakak ainul dah ada kawan bermain. Boleh explore dengan adik. Boleh main dengan adik. Belajar sama sama dengan adik. Membesar sama sama dengan adik.
Selama ni main sorang-sorang je di rumah, kalau pergi hospital bila ainul nampak kawan2 sebaya dia, mesti ainul tersengih-sengih seolah ingin bercakap dengan kawan tu.
Sekarang, ainul dah boleh bercakap, bermain, belajar sama sama dengan adik ya di rumah. Alhamdulillah. Isteri dan anak kedua sihat walafiat.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata kedua.