Kadang kala, detik melahirkan anak adalah situasi yang sangat mendebarkan. Malah, bukan isteri yang berdebar, suami pun turut sama.
Pengacara dan penerbit, Nabil Ahmad, melahirkan rasa teruja dengan kelahiran anak ketiganya. Beliau berharap isterinya, Zira Ayub dapat melahirkan bayi dengan mudah.
Perkongsian pasangan ini menerusi kemas kini terbaru di instagram milik mereka.
One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni. Lepas ni, berjaga malam balik la kita yea. Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo Sape lagi bulan 4, sikit!!
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya mendoakan kesejahteraan isterinya agar mudah bersalin dengan selamat.
Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2011 telah mempunyai dua cahaya mata perempuan, Zira iaitu Naera Mikayla dan Leyla Medyna.
Sumber: Instagram nabilzira