Ibu mana yang tak bimbang dan risau bila mana anak baru menginjak ke sekolah. Bermacam persoalan yang mula difikirkan seorang ibu.
Penyanyi Shila Amzah turut berdepan kebimbangan yang sama bila mana anaknya, Seth Uwais bakal menginjak ke alam persekolahan.
Akui Shila, dia bimbang melihat perubahan sikap anak sulungnya, Seth Uwais selepas dihantar ke sekolah.
Shila Amzah dalam sesi siaran langsung Instagram (live) berkata, dia bimbang akan sikap anaknya yang sebelum ini diasuh penuh sopan santun tiba-tiba berubah suka menjerit sekiranya tidak mahu akan sesuatu benda.
Lantaran itu, pelakon berusia 34 tahun itu bertanya kepada pengikutnya yang mengikuti sesi siaran langsung sama ada perubahan sikap tersebut normal atau sebaliknya.
“Adakah normal apabila hantar anak ke sekolah, tiba-tiba anak itu jadi lain? (berubah sikap). Seth jadi lain. Contohnya, semalam dia buat perangai apabila dia menjerit kerana tidak mahu sesuatu.
“Dia tak begitu sebelum dihantar ke sekolah. Jadi, saya rasa tak seronok. Selepas hantar ke sekolah, jadi begini pula,” ujarnya.
Bahkan kata Shila lagi, anaknya yang kini berusia lima tahun itu juga sudah pandai merajuk malah, bersikap ego dan enggan lagi mahu meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan.
“Dia suka merajuk dan ego untuk meminta maaf. Bila dihantar ke sekolah, tidak tahu perangai siapa yang dia ikut.
“Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya jadi stes dengan perkara ini sebab saya rasa tak seronok. Seth seorang anak yang ‘sweet’,” ujarnya lagi.
Naluri keibuannya mula bimbangkan perubahan sikap ketara Seth. Mungkin juga terpengaruh dengan rakan-rakan sebayanya.
“Saya tak boleh berhenti daripada berfikir. Mungkin saya salah mengajar anak selama ini. Sebab saya seorang ibu yang terlalu lembut.
“Saya tidak mendidik anak dengan cara yang kasar, sebab saya tidak suka mendidik dengan cara begitu. Saya tidak mahu Seth menjadi seorang anak yang kasar.
“Sebab sebelum dihantar ke sekolah, alhamdulillah saya sudah mendidik Seth sehingga boleh membaca, kenal abjad dan nombor. Jadi perubahan sikapnya membuatkan saya risau,” ujar Shila.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club