Lepas Makan Kat Kedai, Terus Kemas Meja. Kecil Je Perbuatan Tu, Tapi Bermakna Buat Orang Ramai!

Share

Pernah tak anda lihat pengunjung di kedai makan, atau anda sendiri yang mengemas pinggan yang telah dihidangkan selepas makan?

Walaupun sekadar hanya mengemas meja sahaja, tapi sebenarnya kita dah cipta banyak nilai murni dengan perbuatan sekecil itu! Lagi-lagi bila kita buat di hadapan anak atau kita sendiri mengajak mereka untuk mengemas.

Misalnya seperti yang dkongsikan oleh Superdad ini, Khairul Abdullah. Jom ikuti perkongsiannya!

Tadi kami makan di luar sahaja.

Makan dengan tiga budak kecik tu memang berteraburlah pinggan dan sisa atas dan bawah meja.

Selesai makan macam biasa aku suruh budak-budak tu tolong aku kemas. Alah, budak-budak kan, takat mana sangatlah dia boleh kemas pun. Boleh kutip nasi-nasi yang tumpah atas dan bawah meja tu kira ok dah.

Tiap kali kemas tiap kali tu lah diorang akan tanya kenapa kena kemas. Jawapan aku tetap sama. Ada 2 sebab utama kenapa kena kemas meja lepas makan.

Pertama, sebab kita orang Islam. Kita kena bersih dan kebersihan adalah benda paling utama dalam agama. Kita kena tunjukkan contoh yang baik. Kita juga bukan haiwan yang makan bersepah dan berterabur.

Depa angguk-angguk.

Kedua, sebab kita nak mudahkan kerja abang dan kakak pekerja restoran tu.

Sebab apa? Tanya depa.

Sebab Nabi dah pesan “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang yang lain.”

Kita mungkin tak boleh nak jadi yang paling bermanfaat sebab kita tak banyak duit nak membantu, tak pandai dan tak banyak ilmu nak mengajar. Atau takde kudrat yang kuat untuk membantu.

Tetapi, dengan sekecil-kecil kudrat membantu mengemas meja sudah memadai untuk memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Abang dan kakak waiter tu pun dimudahkan kerja dia, orang yang datang kemudian nak duduk pun mudah. Semua orang diberi kemudahan, kita beroleh pahala dan juga diberi kemudahan yang lain nanti.

Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.

Begitulah.

Anak-anak macam faham jer angguk-angguk.

Esok makan tetap kena pesan lagi benda yang sama. Depa akan tanya soalan yang sama, namun depa akan lebih jelas dan faham. Takpelah, biarlah berulang-ulang seribu kali pun.

Sebagai ayah, aku dah ajar dan tunjukkan contoh, apa yang patut depa buat.

Semoga melekat di kepala dan jiwa depa.

#SuperDaddy