Musim durian kembali lagi, tentunya buat peminat raja buah sekarang akan tersenyum lebar. Maklumlah, di mana-mana sahaja ada orang menjual buah durian, jadi tidak kira waktu boleh sahaja seisi keluarga menikmati buah durian yang digemari ramai ini.
Pun begitu, tidak dinafikan bila terlalu banyak sangat makan durian, hingga sendawa pun berbau durian. Bimbang juga buat orang tidak selesa dengan keadaan itu. Mungkin ada juga yang tertanya bagaimana cara paling mudah dan cepat untuk hilangkan bau durian tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi dan bolahlah dipraktiskan.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian? Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.
WALAUBAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa.
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”
Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Walaubagaimanapun sifat ANTIKANSER akan BERKURANG
Selamat Mencuba
sumber : Dr Suri Roowi