Dah jadi tabiat, bila beli air botol kat luar, airnya habis botolnya disimpan untuk isi air lain pula. Betul tak? Selalunya perangai ni sering dibuat oleh mak mak, tak pun orang bujang yang duduk di asrama atu rumah sewa. Kan?

Haa tahu tak sebenarnya, tabiat tu salah sama sekali! Nak tahu kenapa salah? Jom tengok jawapan ringkas dan padat dari Hello Doktor ini.

Bahaya guna semula botol air plastik

Anda mungkin terfikir bahawa penggunaan berulang kali botol air plastik boleh mengurangkan pembuangan plastik. Disebalik anda memikirkan hal pencemaran, ada satu isu yang anda mungkin tidak fikirkan dengan baik. Ia adalah isu keselamatan dan kesihatan tubuh anda. Berikut merupakan antara bahaya penggunaan semula botol plastik kepada tubuh.

#1. Tercemar dengan BPA

BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu dan bekas makanan. BPA yang terdapat dalam botol plastik boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan air minuman yang disimpan terdedah kepada BPA.

Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:

IKLAN

BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam. Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.

Lepas Habis Minum, Buang! Bahaya Guna Semula Botol Air Plastik, Boleh Jejaskan Kesihatan

#2. Pencemaran mikroplastik

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.

IKLAN

Murah betul barang mainan anak ni. Nak tengok? Meh klik SINI !

#3. Bahan botol air plastik

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan botol plastik sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET. Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali. Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol plastik ini keluar dan bercampur dengan air minuman anda setiap kali digunakan.

IKLAN

#4. Faktor bakteria

Apabila menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentuhan dengan mulut dan tangan anda, atau mungkin juga individu lain. Kedua-kedua mulut dan tangan anda merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria. Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui.

Lepas Habis Minum, Buang! Bahaya Guna Semula Botol Air Plastik, Boleh Jejaskan Kesihatan

Bagi tujuan penyimpanan air, adalah lebih baik untuk anda membeli botol minuman yang lebih sesuai. Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk penyimpanan air minuman. Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kali kerana botol plastik tersebut hanya untuk tujuan sekali guna. Jika ada rakan-rakan anda yang memiliki tabiat seperti Nurul, nasihatinya untuk pertama kali. Jika dia masih tidak hiraukan nasihat anda, cuba buang botol-botol tersebut tanpa pengetahuan dia. Itupun jika anda berani mengambil risiko untuk tidak dimaki hamun.

Sumber : Hello Doktor

Nak macam-macam info? Jom sertai telegram kami di keluargagaderclub

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI