Lepas Guna, Kisar Blender Dengan Tiga Bahan Ni. Segala Bau & Warna Yang Melekat Hilang. Mata Blender Pun Lebih Tajam!

Share

Biasa anda alami lepas kisar pasti akan meninggalkan bau  atau warna. Terutama sekali jika kisar kunyit, cili atau bawang selepas digunakan.

Selain dua bahan itu, kesan kunyit juga turut melekat pada bekas pengisar kat dapur tu kan. Jadi, bagaimana cara nak hilangkannya? Senang je jom cuba tip yang dikongsikan ini.
Tip pengisar

Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.

Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. blendkan semua bahan ni. cuci bersih.

Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.

Ada yang buat macam saya jugak tak ?
Edited :
Garam tu garam kasar ye.
Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.

Sukatan : 2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan ( ni agak2 je ) + air 2 cawan

Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.

Kredit: Dapur Ibu


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.