Kalau dan cantik, pakailah apa sahaja, pasti keayuan akan masih akan terserlah. Sememangnya pelakon bernama Lisa Surihani yang merupakan isteri kepada pengarah terkena, Yusry KRU cukup manis dan jelita.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Bahkan dia juga tidak memerlukan solekan yang keterlaluan kerana dia sememangnya natural beauty. Lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan hijab baru-baru ini usai pulang dari mengerjakan umrah bersama suami dan keluarga.
Perubahan yang berlaku itu nyata mengejutkan namun yang pasti wajah pelakon utama Istanbul Aku Datang ini lebih tenang dan berseri-seri.
Dia yang ditemui pada majlis sidang media anjuran Snap Inc, di Restoran Yellow Apron, Petaling Jaya, pada Selasa lalu berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya yang kini tampil berhijab.
Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau boleh jangan panggil apa yang saya gayakan ini sebagai penampilan ataupun imej.
“Pada masa yang sama, saya berharap agar mereka diluar sana supaya dapat doakan saya supaya Istiqomah.
“Sebenarnya saya mengambil masa bertahun untuk tampil begini dan Alhamdulillah, Allah membuka hati saya untuk melakukan perubahan.
“Mungkin ramai yang kata saya sudah mendapat hidayah apabila bertudung, namun apa yang boleh saya katakan, saya masih mencari hidayah itu.
“Sekarang ini saya masih mencuba dan sebab itu saya perlukan setiap orang untuk mendoakan yang terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak.
Rata-rata selebriti mendoakan yang terbaik dan memuji penampilan terbarunya itu.
Sumber: Astro Gempak