Tidak salah kiranya jika mengatakan kelazatan dan keunikan rasa hidangan masakan Melayu terletak pada rasa hidangan yang berlemak, berempah dan beraroma.
Penggunaan lengkuas ini umpamanya dalam bahan masakan turut memberi rasa, dan juga menghilangkan bau hanyir daging mahu pun ikan.
Biasanya lengkuas akan dimanfaatkan di dalam masakan sama ada ditumbuk, dikisar halus atau pun dihiris nipis.
Antara menu yang sering dimasak menggunakan lengkuas adalah seperti sup singgang, rendang dan sering juga dijadikan ramuan rempah untuk menggoreng ayam.
Tip Simpan Lengkuas Agar Lebih Tahan
Tip ini dikongsi oleh Norul Mas Hana melalui akaun Facebooknya. Jom semak!
Biasa masak lengkuas pakai 2-3 hiris je, bila beli mesti dalam kuantiti banyakkan? Takde kedai jual 2-3 hiris.
Oleh itu, nak simpan lengkuas bagi tahan lama, supaya tidaklah mengecut dan mengering lalu ke tong sampah, akak selalu buat macam ni.
Jadi bila nak pakai amil sikit dan simpan semula. Inshaallah, lengkuas akan lebih tahan lama dan sedia untuk digunakan bila-bila masa.
Step By Step :
1. Bersihkan lengkuas.
2. Letak lengkuas dalam bekas. (macam balang kaca atau plastik bertutup)
3. Masukkan air sehingga paras lengkuas (tenggelamkan lengkuas)
4. Tutup rapat bekas dengan penutup.
5. Simpan dalam peti ais.