Pasangan sama cantik sama padan, Mawar Rashid dan suami Raf Yaakob mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Mawar menerusi satu video di saluran Youtube.
Video yang berdurasi 4 minit itu dibuat dalam satu majlis ‘gender reveal’ oleh pasangan ini yang turut dihadiri ahli keluarga dan juga rakan terdekat.
Dalam video tersebut, Mawar dan suami meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu sekali gus menjawab persoalan jantina bayi yang sedang dalam kandungan Mawar.
Menjawab persoalan peminatnya yang bertanyakan mengenai nama bayi di dalam kandungan, Mawar mengakui sudah mempunyai nama tetapi belum mahu mengumumkan.
Rata-rata memberikan ucapan tahniah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Mawar sehingga melahirkan bayinya kelak.
farazuana Aku dah agak girl😌 laa ni artis senang dapat sepasang. Betul2 rezeki depa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan tonggak keluarga yang selama ini mencari rezeki menyebabkan lima beradik hilang tempat bergantung. Ayah yang disayangi meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit lelah.
Lebih malang lagi, ibu mereka tidak mampu menguruskan lima beradik ini. Wanita ini hanya mampu terbaring di atas tilam ekoran terlibat dalam kemalangan sejak setahun lalu yang mengakibatkan wanita itu lumpuh seluruh badan.
Kini, anak sulung Nafrah Qistina Razali, 12, terpaksa menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga tersebut. Pelajar Sekolah Kebangsaan Belimbing, terpaksa bergilir dengan adiknya menjaga ibunya, Rahimah Omar, 42, yang terlantar di atas katil.
Menurut Nafrah, dia akan bergilir menjaga ibunya dengan adik keduanya, Muhammad Habbi Al Muhaimin Razali, 10.
“Ada ketika saya tidak sekolah selama seminggu, lagi pun ibu perlukan perhatian khusus kerana tidak boleh makan dan minum seperti biasa dan hanya bergantung kepada susu khas sebagai penambah tenaga.
“Ibu juga perlu dipakaikan lampin pakai buang kerana dia tidak mampu menguruskan dirinya sendiri,”katanya kepada Sinar Harian.
Setakat ini keluarga malang ini ada menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu bantuan untuk salah seorang adik dari adik kembarnya Nuaiqalisa Razali, 5 dan ibunya yang sakit.
“Namun perbelanjaan kami tidak mencukupi kerana rumah yang kami diami ini merupakan rumah yang disewa.
“Harga sewa rumah RM300 dan kami buntu memikirkannya kerana sumber pendapatan tetap keluarga tiada selepas ayah yang bekerja sebagai pemandu lori sebelum ini, meninggal dunia,” katanya.
Menurut Nafrah, kini dia hanya menggunakan wang JKM untuk menampung perbelanjaan makan dan minum mereka sekeluarga termasuk bayar sewa rumah, bekalan susu dan lampin pakai buang ibu mereka di samping untuk belanja dapur.
Terdahulu, Nafrah dan keluarga dikunjungi Mantan Setiausaha Dun Bukit Panau, Mohd Alias Yusof dan mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Mohd Rozimi Mohd Zain.
Alias berkata, pihaknya amat bersimpati terhadap nasib keluarga berkenaan dan akan berusaha mendapatkan bantuan susulan demi kelangsungan hidup keluarga itu.
Sumber: gpsbestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Puteri Aishah mendedahkan dia terpaksa melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhamad Faliq secara pembedahan disebabkan apendiksnya pecah.
Menerusi video temu bual di TikTok, Puteri Aishah berkata, dia berdepan detik cemas itu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan secara pembedahan czer.
“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya terpaksa bersalin secara czer (pembedahan) sebab apendiks saya pecah.
“Apendiks itu pecah di bawah, sewaktu bulan puasa kemudian alang-alang saya terus bersalin,” kongsinya.
Empat bulan bergelar ibu kepada Muhamad Faliq, akui Puteri Aishah dia kini mahu memberikan sepenuh perhatian kepada bayinya.
“Buat masa ini saya masih tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon, sebab baru empat bulan anak saya.
“Saya masih mahu jaganya sehingga dia pandai berjalan. Lagi pun dia tak nak dengan orang lain.
“Andai dia sudah besar sikit, dah pandai jalan dah kenal orang, saya akan kembali berlakon,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Firdaus pada November 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada 4 April lalu.
Tahniah Mawar dan Suami, Raf Yaakob atas kelahiran anak lelaki. Berita gembira, telah disampai semalam dengan telah mengumumkan menerusi Instagramnnya kelahiran anak mereka pada 13 Mac 2019. Mawar telah selamat bersalin pada pukul 11.33 malam dan keadaan pelakon tersebut beserta bayi adalah dalam keadaan baik.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...