“Lengkap Dah Sepasang.” Tidak Tahu Jantina Anak Sehingga Ke Bilik Bedah, Saharul Ridzwan Syukur Doa Makbul!

Share

Impian pasangan ini untuk menimang cahaya mata pernah diluahkan ketika mengerjakan umrah suatu ketika dahulu. Akhirnya doa tersebut dimakbulkan.

Dalam satu perkongsian, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi berita isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 4.20 petang semalam.

Isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, melahirkan anak kedua secara pembedahan di sebuah pusat perubatan. Bayi comel seberat 3.3 kilogram (kg) itu dan ibunya, masing-masing sihat.

ALI DAPAT ADIK GIRL️ Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm Berkat doa semuanya.

Terima kasih banyak2. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah. Amin Ya Rabb. Tak tahu nak taip apa ntah. Happy betul ni . Salam Maghrib semua .

Saharul bersyukur isterinya selamat bersalin. Tambah mengujakan, mereka sengaja tidak mahu mengambil tahu jantina anak sehingga bayi berkenaan dilahirkan.

“Saya bergegas membawa isteri ke hospital pada jam 9.30 pagi selepas pecah air ketuban.

“Doktor menasihatkan isteri dibedah biarpun sebelum ini, Qaabila Deena mahu melahirkan anak secara normal,” katanya lagi.

Pasangan ini mempunyai anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang berusia tiga tahun.

“Gementar lain macam kali ini… Berbeza dengan pengalaman pertama dulu.

“Saya sengaja tidak mengambil tahu jantina anak sehinggalah tiba di bilik pembedahan. Saat melihat bayi ini di depan mata, saya tahu Allah makbulkan doa.

“Saya rasa hendak sujud syukur saat mendapat tahu anak kami perempuan. Rasa hendak pengsan pun ada,” katanya.

Saharul berkata, dia dan isteri sudah memilih beberapa nama untuk puteri mereka. Namun, nama yang sesuai belum diputuskan lagi.

“Mungkin selepas tujuh hari dilahirkan baru kami pilih nama dan kongsi foto anak,” katanya.

Saharul dan Qabila Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016.

Sumber: saharulridzwan