Lempeng kelapa yang sedap ialah bila teksturnya lembut dan gebu. Sedap dimakan bersama sambal ikan bilis, sambal sardin atau sekadar dicicah dengan susu pekat manis, tentunya sajian ini asyik dinikmati.
Bagi mendapatkan lempeng yang lembut dan gebu, ada resipinya. Resipi yang dikongsikan oleh Azizah Ali
ini boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera.RESIPI LEMPENG KELAPA
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan tepung gandum dan kelapa muda parut di dalam bekas yang bersesuaian. Gaul rata.
2. Masukkan santan dan juga air. Sebatikan dan pastikan tiada tepung atau kelapa parut yang berketul.
3. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Gaul lagi.
4. Panaskan kuali dan tuang adunan lempeng. Ketebalannya mengikut selera masing-masing.
5. Ulang proses sama hingga habis adunan lempeng.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati sama ada secara kosong atau dicicah dengan sambal tumis serta kari.
Kredit resipi & foto: Azizah Ali