Lempeng kelapa yang sedap ialah bila teksturnya lembut dan gebu. Sedap dimakan bersama sambal ikan bilis, sambal sardin atau sekadar dicicah dengan susu pekat manis, tentunya sajian ini asyik dinikmati.
Lempeng Kelapa Lembut & Gebu
Bagi mendapatkan lempeng yang lembut dan gebu, ada resipinya. Resipi yang dikongsikan oleh Azizah Ali ini boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera.
RESIPI LEMPENG KELAPA
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
1/4 cawan santan
1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
Boleh Ikut Resipi Ini
Cara memasak:
1. Satukan tepung gandum dan kelapa muda parut di dalam bekas yang bersesuaian. Gaul rata.
2. Masukkan santan dan juga air. Sebatikan dan pastikan tiada tepung atau kelapa parut yang berketul.
3. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Gaul lagi.
4. Panaskan kuali dan tuang adunan lempeng. Ketebalannya mengikut selera masing-masing.
5. Ulang proses sama hingga habis adunan lempeng.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati sama ada secara kosong atau dicicah dengan sambal tumis serta kari.
Kredit resipi & foto: Azizah Ali
Cara Buat Baja Semula Jadi Guna Bawang & Gula Merah. Cukup Mudah & Bebas Bahan Kimia, Tanaman Pun Subur
Bawang merah antara bahan utama yang digunakan dalam masakan. Namun, jangan hanya melihat tanaman ini sebagai bahan masakan di dapur sahaja, kerana bawang merah ternyata juga tanaman ubat yang boleh digunakan untuk banyak perkara termasuklah boleh dijadikan baja tanaman semula jadi.
Nak tahu caranya, baca perkongsian dari puan Ummi Haziq ini.
Atas permintaan kwn2 yang mula berjinak jadi ahli kebun sekangkang kera.. Sis share rahsia cara buat baja semulajadi a.k.a MOL (Mikro Organisma Lokal)..yang penting semua bahan organik untuk pokok2 yaneg ditanam sendiri. Bebas racun dan bahan kimia.. 😘
Cara membuat mol bawang dan mol bawang putih.
1. 1kg bwg india/bwg merah
2. 1kg gula merah
3. Cincang bawang merah
4. Letakkan gula merah kedalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah.
5. Tutup bekas dengantisu dapur dan tutup @ boleh juga just ikat dgn kain(untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat)
6. Tandakan tarikh
7. Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja.
*Lebihan bhn tapis boleh buang di sekeliling umbi2 pokok dgn jarak sjengkal dr pokok..
Cara guna
1. 5ml utk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai,air cuckoo, air coway atau yg seangkatan.
2. Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.
*Untuk mol bawang putih juga kaedah yg sama.
*Mol bawang merah utk menggalakkan pertumbuhan akar
*Mol bawang putih utk kawalan serangga secara organik.
Sekian resepi dari sis cikgu matematik, bkn cg sains pertanian..😁😁
Jom cuci mata, banyak yang ditawarkan di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Tahap Kepedasan Masakan Ada Kaitan Dengan Jenis Cili Kering Yang Digunakan. Sila Hadam Perkongsian Ibu Ni!
Pengalaman terbeli cili kering yang rasanya ekstra pedas bila dimasak, memang boleh membuatkan kita rasa cuak juga untuk membeli cili kering.
Kita bimbang tersalah beli lagi!
Maklumlah, tersalah pilih jenis cili boleh buat kita rasa kecewa dengan hasil masakan kita.
Apatah lagi bila rasa kepedasan hidangan tersebut tidak mampu dijamah oleh anak-anak. Membazir sahaja tidak habis dimakan.
Lagi kecewa sekiranya satu famili memang jenis tak tahan pedas. Kalau dimakan juga, boleh sakit perut jadinya.
Tapi berbeza bagi orang yang memang ‘hantu pedas’. Setiap kali makan hidangan bersambal nakkan rasa ekstra pedas, barulah puas makan katanya.
Apa yang pasti citarasa kita semua berbeza-beza. Untuk itu, sebelum membeli cili kering ini elok hadam dulu perkongsian datipada puan Zurr Izzaty Zolkepli ini untuk dijadikan panduan.
Dapatlah kita tentukan cili mana yanh sesuai dengan citarasa kita seisi keluarga. Jom semak.
Gemuk
Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender.
Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana.
Original: Thailand
Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua.
Kalau tuan puan suka kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
Tahap Kepedasan: Tak Pedas*
668
Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty.
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering, sambal telur mata/rebus/pecah, Shellout dan lain-lain.
Sesuai untuk tuan puan yang suka kan pedas. 10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
Tahap kepedasan: Pedas*
273
Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja.
Tahap kepedasan sama seperti 668.
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Masak Masam manis kerapu, Ayam Masak kicap jawa, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
Tahap Kepedasan: Pedas*
Teja
Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang
Original: Thailand
Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering)
Sesuai untuk mereka yang sukakan pedas.
Tahap kepedasan: Sangat Pedas
Persamaan untuk keempat² cili ialah pijar apabila disentuh..
Ekstra tip penyimpanan
Cara Penyimpanan Cili Kering Tak Pedas/ Gemuk ☑️ Untuk Elak Berkulat
1. Jangan simpan dalam bekas kedap udara jenis cili ini berkulit tebal dan memang tak kering sepenuhnya.
2. Digalakkan untuk letak cili ni dalam petisejuk.
3. Boleh nak letak diluar, tapi jangan ditutup, biarkan terbuka dan jemur sekali sekala.
4. Disarankan selepas gunting cili ni dan dibuang biji, blend/kisar terus cili dan simpan dalam freezer dalam pek kecil kuantiti untuk sekali masak.
Selamat memasak .
Sumber : Zurr Izaty Zolkepli
Serius Sedap Kuey Teow Sup Chinese Style Ni, Nak Buat Pun Mudah Sangat!
Serius Sedap Kuey Teow Sup Chinese Style Ni, Nak Buat Pun Mudah Sangat!
Tidak dinafikan kuey teow sup antara menu yang digemari ramai apatah lagi jika dimasak Chinese style. Kuah sup mempunyai rasa yang memikat selera meskipun tanpa menggunakan ramuan yang banyak. Bahkan keenakan rasa bawang putih digabung bersama minyak bijan memberi aroma yang cukup enak.
Jadi anda ingin menyediakannya sendiri untuk dijadikan menu istimewa buat keluarga bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Habibah Yapani sebagai panduan.
Resipi kuah :
Bawang putih (ikut nak banyak mana)
Air
Fish ball,fish cake
Sayur
1 Kiub ayam
Cara-cara :
1.Tumis bawang putih
2.Masukkan air ikut nak banyak mana
3.Masukkan fish ball, fish cake dan kiub ayam
- Setelah mendidih masukkan sayur
- Akhir sekali masukkan garam dan gula
(Kalau ada minyak bijan boleh masukkan sikit, wangi je)
Resipi minyak bawang putih :
1 labu bawang putih-dipotong dadu
Minyak secukupnya
Cara penyediaan:
1.Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Sudah perang boleh angkat
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Resepi cili kicap :
Kicap cair sikit
Kicap manis sikit
Minyak bijan sikit
Cili potong
Kwetiau macam biasa,kita celur air panas je
Siap..selamat memasak
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club