Jika sebelum ini ramai yang amalkan minum air detoks untuk membersihkan toksin dalam badan, pun begitu kali ini anda juga boleh melakukan proses detoks untuk membersihkan kulit wajah.
Caranya seperti mana yang dikongsikan oleh Norafiza Mahmud, cukup mudah dan menurutnya dengan melakukan kaedah detoks kulit juga bertujuan agar kulit wajah bebas jerawat, jeragat dan sekali gus menjadikan kulit menjadi lembut dan berseri.
Photo byJulia Peretiatko on Unsplash
Tambahnya lagi, “Sesiapa yang pernah buat dan buat secara konsistan je boleh tahu rahsia disebalik muka yang flawless tanpa jeragat dan jerawat dengan amalkan detoks kulit muka.”
“Amalkan detox kulit dimuka untuk mematikan dan mengeluarkan kotoran dari liang roma. Sangat sesuai untuk siapa yang ada masalah jerawat. Tak kiralah jerawat batu ke, jerawat pasir ke atau apa-apa sahaja jenis jerawat, semuanya sesuai.”
Untuk anda yang ingin mencuba, di sini dikongsi cara dan bahan-bahan yang digunakan. Cukup mudah dan senang sahaja, hanya perlukan dua. Selamat mencuba!
Ads
Bahan-bahan:
Air panas
Lemon
Cara amalkan :
Ads
Buat 2 minggu sekali bergantung kepada masalah kulit wajah.
Photo by Victoria Wendish on Unsplash
2. Selepas wapkan wajah dengan air panas bersama lemon, ambik ais dan tonyoh pula pada kulit muka secara perlahan-lahan.
Ekstra info : Ais ini berfungsi untuk tutup balik liang roma yang terbuka masa proses wap dilakukan. Hanya perlu konsisten sahaja. Lepas tu boleh tengok hasil kulit kau orang yang makin halus Dan flawless. No more jerawat, no more jeragat!
Musim durian dah kembali! Tentunya buat penggemar raja buah ini pantang nampak ada orang menjual durian di bahu-bahu jalan pasti berhenti untuk membelinya.
Apatah lagi bila musim durian, harganya lebih murah. Pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja.
Pun begitu, ada satu hal bila kita bawa durian dalam kereta ia akan menyebabkan kereta berbau hingga seminggu lamanya. Dan ini boleh menyebabkan ada yang tidak selesa ketika memandu.
Ini perkongsian Ikha Febrian via MAHN untuk atasinya. Dan katanya…
“Semalam bawa bapak mertua yg teringin sangat nak makan durian tembaga and dapat pulak petua dari penjual durian kalau kita nak bawa durian dalam kereta yg ade air con, patahkan tangkai durian lepas tu kupas kulit die then letakkan dekat sela2 AC kereta kite memang hilang bau durian.”
PETUA 1 : Tangkai durian
Ambil tangkai durian dan letakkan di bahagian penghawa dingin.
Selain cara ini terdapat petua lain yang turut dikatakan berkesan dalam menghilangkan bau durian di dalam kereta.
PETUA 2 : Arang
Ambil beberapa keping arang kayu dan letakkan di beberapa bahagian dalam kereta.
PETUA 3 : Daun pandan
Letakkan beberapa simpulan daun pandan di dalam kereta. Aroma daun pandan yang wangi akan menghilangkan bau durian.
PETUA 4 : Roti
Letakkan beberapa keping roti dalam kereta dan biarkan semalaman.Memang terbukti hilang bau durian dalam kereta.
PETUA 5 : Sebuk kopi
Letakkan serbuk kopi di dalam bekas dan sebaiknya bekas tersebut mempunyai penutup yang berlubang. Ini bertujuan aroma kopi yang kuat akan melenyapkan bau durian.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan suami isteri. Keletah dan perangai mereka ada kalanya membuatkan hati kita terhidur. Tak kurang juga boleh mendatangkan marah.
Bagi yang tak mampu mengawal perasaan, mulalah naik angin dan memarahi anak dengan kata-kata kesat, tak kurang juga naik tangan.
Inilah yang terjadi pada seorang anak yang secara tidak sengaja terpecah botol minyak wangi kesayangan ibunya.
Si ibu marah dan mengamuk namun cara anaknya menebus kesalahan yang dilakukan telah menyedarkan dia tentang kesilapan yang telah dilakukan.
Ikuti catatan Ummu Nurin yang dikongsi oleh Bonda Nor dalam Facebooknya. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.
“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”
Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas ‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.
Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.
Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?
“Saat membaca nota itu, berderai airmata… Meruntun jiwa seorang ibu ini… Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi…Kemudian saya sedar… Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”
Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.
Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya.. “Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!” Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..
“Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!”
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!
“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”
“Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi.”
Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.
Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!
Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!
Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.
Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.
Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin. Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Belia generasi kedua FELDA ini mampu meraih pendapatan hingga RM4,000 sebulan hasil jualan sayur-sayuran organik yang ditanam disekeliling rumah keluarganya yang terletak dekat FELDA Jengka 12. Malah dirinya turut dianugerahkan sebagai ikon usahawan belia di peringkat FELDA.
Kisah ini wajar dijadikan inspirasi buat anak muda yang lainnya untuk berasa teruja menerokai bidang pertanian ini yang boleh diusahakan walau hanya di laman rumah.
“Saya bermula dari 2011 dengan mendapat idea bila melihat banyak kotak-kotak polistrine dibuang tanpa dimafaatkan kegunaannya. Bermula hanya degan 4/5 kotak..tanpa pengalaman ada asas dalam bercucuk tanam, tak sangka juga awalnya tanaman menjadi dan naik subur.. Dari situlah bermulanya minat berkebun. Sedikit demi sedikit saya menambah kotak-kotak polistrine bagi tujuan penanaman.”
Apabila diajukan soalan siapa sebenarnya yang banyak membantu dalam mengusahakan pertanian di laman rumah ini. Menurutnya, “Sejak dari mula mak yang banyak membantu,dari semaian anak-anak benih dan tanaman-tanaman dalam pasu/polibeg. Saya benar, mafaatkan halaman rumah dan sekitar kawasan rumah yang luasnya cuma suku ekar.
“Pendapatan tak menentu, faktor musim,cuaca dan serangan perosak juga memainkan peranan hasil yang dituai. Pun begitu, Alhamdulillah, adakala pernah mencecah RM4k bagi jualan sayur,anak benih serta tanah hitam sawit. Adakala pernah juga pendapatan bawah paras RM1k. Itulah, tak menentu pendapatan sebagai perkebun ni, semua bergantung pada keadaan cuaca dan musim”.
Menurut Wan Ahmad Nizam Wan Khazam lagi, kini usaha menanam sayur-sayuran di laman rumahnya terus diperhebatkan lagi. Jika hendak dikira, dianggarkan dia sudah pun memiliki 600 bekas polistrine dan menanam lebih daripada 200 jenis tanaman.
Selain itu, anak muda ini turut berpesanan kepada sesiapa yang ada masa terluang eloklah menanam sendiri, walau tak banyak sekurang-kurangnya bolehlah mengurangkan beban belanja dapur,sayuran juga segar dan terjamin bila hasil dari tangan sendiri. Mulakan dengan tanam sayuran mudah urus seperti bayam, kangkung, terung, cili atau jenis ulam ulaman seperti pegaga dan ulam raja.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.