Lembutkan Hati Anak Kena Tahu Caranya, Barulah Lapang Hati Kita Sebagai Orang Tua!

Share
  • Berdepan dengan perangai anak yang nakal dan kadang kala keras kepala, begitu merunsingkan fikiran ibu dan ayah.

Kalau boleh kita mahu anak yang mendengar kata dan atas sebab ini juga bagus kiranya mengetahui tip atau amalan yang boleh membantu usaha dalam melembutkan hati anak-anak.

PETUA LEMBUTKAN HATI ANAK DEGIL

CARA 1 : GUNAKAN BERAS

#i
Beli sekampit beras atau guna beras yang ada dirumah dan baca 70 kali surah Al-Fatihah setiap hari. Buat selama 7 hari berturut-turut.

Kampit beras yang baru dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al-fatihah.

Jika gunakan beras yang sedia ada, pastikan beras itu tidak digunakan sehingga selesai 7 hari dibacakan Al-Fatihah.

Boleh juga dibacakan surah Al-Fatihah ini kepada beberapa kampit beras dan makanan lain sekali gus.

#ii
Selepas 7 hari, beras ini boleh digunakan dan dijadikan makanan harian sekeluarga. Jika beras semakin berkurang, ibubapa boleh ulang balik kaedah ini.

CARA 2 : GUNAKAN RAMBUT

Gunting sehelai rambut anak dan buat solat sunat Hajat dan berdoa minta supaya Allah s.w.t lembutkan hati anak itu.

Selepas itu, pegang (gengam) rambut anak itu dan baca ”Ya Rahim” sebanyak 1000kali. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut.

CARA 3 : KETIKA TIDUR

Semasa anak tidur, ibubapa boleh bacakan ayat dari Surah Asy-Syura 42 : 19 di ubun-ubun anak.

Semoga kita semua mampu menjadi ibubapa terbaik yang mampu menghasilkan anak-anak yang terbaik.

Aaminn.

Perkongsian seorang ibu,
– Kak Ekin –

Sumber :Nurasykin Ali