Karenah anak-anak yang sedang membesar adakalanya buat ibu-ibu pening dan tidak tahu bagaimana cara untuk mengawal sikap mereka.
Selain didikan daripada awal dengan menggunakan pelbagai psikologi dalam mendidik akhlak anak, mungkin kaedah tradisional ini boleh dipraktikkan.
Yang penting cara ini cukup mudah dalam mendidik anak, terutama dalam membentuk akhlak anak-anak kita. Petua ini dikongsikan oleh puan Maryam Salleh
menerusi facebooknya.
PETUA LEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL
Nak kongsi petua ni mak saya yang ajarkan. Mak cakap dari orang tua dolu-dolu katanya.
Mak saya pesan lau nak bagi anak dengar kata dan tak melawan cakap orang tua masa sendukkan nasi nak bagi anak makan kepala nasi yang mula-mula senduk tu letak kat atas.
Jangan terus masuk ke pinggan.
Kepala nasi tu lau bagi anak makan bole buat hati anak jadi keras atau degil.
Sendukkan kali kedua barulah letak ke pinggan anak atau suami ye.
Saya amalkan petua mak saya ni setiap hari. Alhamdulillah setakat ni anak-anak dengar kata, tak membuas dan rajin solat.
Mungkin ini hanya petua,
Nak amalkan atau tidak terpulanglah.
Dalam Islam,
Sifat anak-anak ni juga terbentuk daripada makanan yang diorang makan dan sumber makanan tu mestilah halal.
Saya sekadar berkongsi. Maaf jika tak setuju. Tapi hormat jer la petua orang-orang lama yang dah lama makan garam daripada kita kan☺️
Lau suka silakan SHARE ye❤️