Mempelbagaikan resipi berasaskan tauhu selain digoreng atau dijadikan ramuan pelengkap dalam menyediakan menu hidangan sayur campur atau sebagainya, tauhu ini enak juga jika dimasak dengan resipi ini.
Ia menggabungkan pelbagai ramuan dan dimasak menggunakan teknik kukusan dan gorengan sekali gus menjadikan menu ini bila dimakan terasa lembut di dalamnya, manakala di bahagian luar terasa rangup.
Untuk yang ingin mencuba menyediakan menu ini untuk dirasa bersama keluarga, di sini dikongsikan resipinya. Selamat mencuba.
Okay bahan bahan untuk dua orang makan, boleh digandakan kalau nak jamu pada tetamu atau isi rumah lebih ramai :
bahan-bahan:
Ads
Isi tauhu dua keping
Tauhu telur 1 bungkus
Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan
Air
*Tepung gandum (sekiranya perlu)
Saya tak gunakan isi ayam (malas nak thawing)
step 1
Blendkan semua bahan bersama sedikit sahaja air kecuali telur . Agak agak lah adjust bahan perasa tu ikut selera, jangan terlalu masin. Sekiranya bancuhan menjadi terlalu cair, tambahkan tepung gandum. Sementara nak siapkan bahan blend ni, boleh panaskan dulu pengukus.
Ads
step 2
Dapatkan kepekatan yang sesuai supaya tauhu senang disudu ke dalam acuan untuk proses kukus & goreng.
Step 3
Sudukan bahan yang telah di blend ke dalam acuan. Tak kisah nak guna acuan apa apa pun, saya ada acuan kuih ni saja 😅 Kalau guna acuan seperti saya, dapat lah dalam 12 biji tauhu berlauk ni.
Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.
Ads
step 4
Okay lepas dah kukus dalam 10 minit macam tu, isi tauhu tadi akan naik macam ni. Maknanya dah masak cantik dah. Sekarang dah ready untuk digoreng.
step 5
Keluarkan isi tauhu kukus. Dalam mangkuk,pecahkan sebiji telur dan masukkan sesudu makan tepung serbaguna. Pukul rata dan celupkan tauhu kukus.
step 6
Gorengkan dalam minyak yang betul betul panas supaya effect crunchy telur dan tepung tu jadi.
step 7
Okay terbalik terbalikkan, biar semua sekali garing. Angkat dan hidangkan. Sebelum hidang, saya dab dab dulu dengan tisu dapur, tak gemar kalau berminyak 😀
Baiklah, dah siap! Begini la rupa tauhu berlauk crunchy tu, bolehlah dimakan dengan apa apa sos pencicah macam sos thai ke sampal kicap ke. Saya guna sos thai yang dibancuh dengan air gula, hirisan cili padi, daun ketumbar dan bawang merah segar. Sedap sangat !
Memikirkan apa lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama keluarga sepanjang PKP ini, jadi apa kata anda buat makan-makan dengan menu istimewa untuk anak beranak.
Maklumlah sudah lama rasanya kita seisi keluarga tidak dapat makan dalam suasana gembira di restoran. Pun begitu, anda boleh cipta pengalaman makan shell out di rumah sendiri yang pastinya lebih menyeronokkan dan puas hati.
Menyediakan shell out seafood juga tidaklah renyah kerjanya. Cukup mudah dan ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Mas Aura di group Masak Apa Hari Ini. Perkongsian resipi daripadanya mendapat perhatian warganet dan ramai teringin untuk membuatnya sendiri dan merasai pengalaman ber’shell out’ di rumah.
“Malam tadi suami request nak makan shell out, memandang kan tak boleh makan kat kedai kita buat lah sendiri.. Puas hati buat sendiri mudah je.. Saya share resepi dan cara-cara di gambar yee. Selamat mencuba..”
RESEPI SHELL OUT SEAFOOD
BAHAN BLEND :
Cili kering yang telah direbus
Bawang merah
Bawang putih
BAHAN UTAMA :
Seafood (ikut suka)
Brokoli, carrot, jagung
Cili sos
Sos tiram
Serbuk kari
Kiub pati ayam
Halia (Hiris)
Serai (Titik)
Daun limau
Gula melaka
Cara masak:
Langkah 1 : Didihkan air, kemudian rebus semua sayur seperti carrot, jagung dan brokoli.
Langkah 2 : Masukkan garam dan rebus sehingga brokoli dan carrot lembut sedikit dan masih rangup. Angkat dan ketepikan.
Langkah 3 : Kemudian rebus pula bahan-bahan seafood. Rebus hingga masak, tapis airnya dan ketepikan. Pastikan air rebusan tidak dibuang, ambil sedikit untuk buat stok sos.
Langkah 4 : Seterusnya buat sos shell out pula. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semangkuk cili yang dikisar tadi. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris, serai yang telah diketuk, seketul gula melaka dan 2 kiub pati ayam sambil dikacau-kacau. Sdan kemudian masukkan daun limau purut.
Langkah 5 : Setelah itu masukkan serbuk kari ikan 3 sudu. Kacau sebati kemudian masukkan 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan sedikit air rebusan seafood tadi. Perasakan juga dengan gula dan garam. Tumis sehingga pecah minyak.
Langkah 6 : Akhir sekali masukkan semua seafood yang telah direbus tadi dan gaul sebati dan siap.
Selepas itu bolehlah dihias bersama jagung, brokoli, carrot yang direbus tadi. Boleh juga potong lemon jika suka. Dan bolehlah dinikmati.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menikmati hidangan kuih tradisi seperti bingka pandan, bingka labu atau pun bingka durian ini memang diakui begitu menyelerakan. Aroma dan rasanya cukup istimewa dan bila dibeli terasa tidak puas untuk dimakan.
Jadi ada baiknya anda buat sendiri, sekali bancuhan boleh dapat kuantiti yang banyak. Puas anak beranak makan.
Buat yang ingin mencuba, bolehlah jadikan resipi yang dikongsikan oleh Mamamemey Airish yang juga merupakan peniaga kuih ini sebagai panduan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum…
Semoga post ini dapat menjawab semua pertanyaan kesayangan di sini ya. Ini size acuan yang mak gunakan.
Jujurnya mak dah penat nak meniaga lagi…bkn sbb dah kaya tp anak² tak membenar kan…sesekali mak amik la jgk order sbb dah biasa banting tulang sejak muda kan, bila duduk sesaja bukan makin sihat pun…makin sakit-sakit badan lagi ada la…
Yg ni mak bg resepi bingka pandan, durian dan labu ye. You all buat la sendiri, lagi puas makan…kalau dah expert boleh amik order…mak halalkn resepi ni dunia akhirat, takyah nak mintak izin-izin lagi…kalu tak izin takder la nk post kat sini…baik simpan bawah ketiak jer.
Satu yang mak nak ingatkn , bingka resepi mak ni dia garing bahagian keliling dan atas jer tau…yang bahagian bawah tak garing sangat, tak tahu kenapa..tapi tetap sedap…(bagi mak laa)…so kalau sesiapa yang ada petua cara nak garingkan keseluruhan bingka ni, mohon la sudi berkongsi dengan kita semua kannn…mak selalu guna api bawah pulak untuk garingkan bahagian bawah tu, tu pun tak boleh garing sepenuhnya jugak. Mungkin time bakar tu bingka tu melentik ke atas thus bahagian bawahnya tak jejak ke bumi.
Lagi satu peringatan supaya takder yang kecewa dan hampa, bingka ni akan ada lompong atau ruang antara kerak atas dengan isi bingka tu sendiri… Boleh tengok gambar ya…
Ok mak jual ni sebijik 90sen. Satu peket 5 ketui rm4.50.
Mahalnye….!!! Nak cepat kaya la tuuu…nak pi haji balik hari la tuuu…
Biar mak jelaskan kat sini, adunan untuk 5 ketul tu menyamai dengan sebuku bingka kemboja yang sebiji berharga rm6.50 tu ok. Kalau bulan Ramadhan mencecah rm7 kat sesetengah tempat di KL ni walau pun yang sudah dipanaskan beberapa kali. So murah ker mahal sebiji 90 sen tu, dengan casing dia lagi…semua nya berbayar ye, bukan kita boleh main jolok-jolok atau petik-petik atas pokok. Ook maaf, mungkin kasar bahasa mak ni tapi itu kenyataan yg mesti dijelaskan.
Bagi mereka yang sentiasa rajin bersedekah dalam berjualan, itu cerita lain. Bila kita letak harga sebenar, tak semestinya kita hati kering…kita hanya berkira tentang modal yang dikeluarkan untuk dinilai. Modal bukan sekadar bahan mentah saja tapi merangkumi eletrik, air, tenaga, masa untuk menyiapkan itu semua… Harap maklum.
Sifir Tentukan Harga
Ingat ya, sifir harga jualan ialah modal di darab dengan 3. Baru boleh rasa hasil titik peluh yang mengalir. Tapi itu untuk usahawan kecil macam mak ni. Kalu dah ada jenama tersohor dah tak darab 3 lagi dah…tapi org tak pernah bersungut untuk membayar kann…bangga lagi ada padahal dia terpaksa tolong bayar sekali sewa kedai dan segala perbelanjaan tauke besar tu dengan harga seketul ayam, sekeping daging, sebungkus nasi atau semangkok mi yang dia beli. Apa pun mak caya setiap dari kita masih tetap ada tolak ansurnya… bunyi jer mcm tegas dan garang tetap kita tak sekejam itu, betul tak…
Ok benti bebel. Nah resepi yg ditanya² tu…(ingat, ni bkn resepi terbaik ye. Banyak lagi yang boleh dibuat rujukan di luar sana).
BINGKA PANDAN
1 cawan air pandan – kisar 4-5 helai daun pandan ngan secawan air – tapis – ketepikan.
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah (molasses). Kalau suka manis boleh tambah gula pasir – ikut suka.
3 biji telur – mak guna grade A
2 cawan santan (1 cwn santan pekat + 1 cwn air paip)
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak sapi – mak guna QBB – boleh tukar marjerin/butter atau minyak masak jer tapi nanti jangan cakap banyak kalau aroma berbeza…
Minyak sapi/mentega/marjerin untuk sapu acuan
Bijan secukupnya
Cara :
Masukkan semua bahan diatas kecuali bijan ke dlm blender dan kisar sampai puashati – gula elok larut – nak tapis boleh tak tapis pun tak berdosa…kacau kejap batter atas api sampai naik wap, jangan pekat sangat kang jadi puding pulak.
Panaskan oven 170’C…sapu marjerin kat acuan, panaskan sebentar dalam oven. Pastu tuang bancuhan tadi penuh-penuh…tabur bijan dan bakar sampai keemasan macam dalam gambar tu.
Terpulang nak tahap garing mcm mana ya…bagi mak, 10 min terakhir tu mak tinggikan suhu ke 190′ untuk garingkn kerak tu…sebab itu yang jadi rebutan.
BINGKA DURIAN/LABU.
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah (molasses) – nak gula putih pun boleh.
1 cawan santan pekat.
1 cawan padat isi durian/labu lecek (rebus/kukus dulu)
2 1/2 cawan air
3 telur – mak guna A. B pun boleh.
2 sudu makan butter cair
1 sudu teh garam halus
Bijan – optional.
Cara Buat :
Gaul dan kisar semua bahan diatas daalm blender. Kacau atas api sampai naik wap.
Sama macam method buat bingka pandan diatas ye.
Cara bakar pun sama. Bijan tu ikut suka ler nak letak ker tak..kalu letak lagi cun. Biasanya bingka ini masak dalam 20 minit tapi 10 minit terakhir mak tinggikan suhu ke 190C sikit untuk tebalkankerak dia. Apa punbergnatung pada oven masing-masing.
Tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan ye.
Mee Champa Jadikan Menu Special Raya Korban Ni. Rasanya Sedap, Confirm Licin Dimakan!
Hari Raya Aidil Adha ini tentu menjadi antara kenangan terindah disebabkan kita dapat berkumpul dengan adik beradik dan ahli keluarga yang lain dalam suasana yang meriah. Lantaran itu tidak lengkap pula rasanya jika tidak dijamu dengan menu yang istimewa.
Jadi apa kata agihan daging korban yang diterima, anda sediakan menu Mee Champa yang kuahnya enak dirasa. Ini seperti yang dikongsikan oleh tahrunnisah Jali untuk dijadikan panduan. Selamat mencuba.
RESEPI MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Cara-caranya
Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.
caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
caranya
rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
Mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.