Suka sangat kuih ni. Nak nak kalo jumpa yang manis dia ringan je, berlemak, lembut tak keras. Setengah pinggan boleh hadap.
Sejenis tabiat dari kecik lagi, bila makan dia je mesti nak selak selai selai ikut warna. Padahal rasa sama je, feeling je lebih entah apa apa.
Biasa Kakdell beli untuk sarapan pagi. Tapi sebab sekarang tengah puasa tambah pulak Pkp ni, memang susah la nak cari.
So terpaksalah merajinkan diri kedapur. Kakdell buat sukat cawan je. Ikut pesen mudah. Sebab kalo pakai gram gram ni renyah pulak aku rasa.
Hari tu ada yang mintak resepi kan? So Kakdell share sini je lah ya.
Blend kesemua bahan kecuali pewarna kuning dan sirap. Kemudian asingkan kedalam cawan sama rata untuk letak pewarna. Sambil tu panaskan pengukus dan gris loyang dengan sedikit minyak.Masuk 1 lapis adunan (sekitar 2senduk) kedalam loyang dan kukus dalam 3minit. Lepas 3 minit lapiskan pula dengan adunan berlainan kaler. Kukus lagi 3 minit. Ulang sehingga habis semua adunan. Untuk last adunan tu kukus lebih lama sikit dalam 8 minit. Dah masak tu boleh la keluarkan. Redakan suhu kejap pastu letak dalam peti sejuk dalam 1 atau 3jam.Dah sejuk tu boleh la keluarkan untuk dipotong ya. Selamat mencuba.
Resepi Kuey Teow Theng yang sangat mudah. Jom cuba hasil perkongsian puan
BAHAN-BAHAN
Kuey Teow
Ayam
Cili flakes
Daun Bawang
Daun sup
Bawang putih
Siew Pak choy
Fish ball
Fishcake
Lada sulah
3 sekawan
kiub pati ayam
Bwg merah
Bwg putih
Halia
air scukupnya
Cara- Cara
1.Tumis bwg putih, bwg merah dan halia yg dikiisar Serta 3 sekawan. Setelah naik bau masuhkan air Didihkan, masukkan kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak keluarkan isi ayam separuh , bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut.
2.Masukkan fishball dan fishcake rebus sekejap dan toskan. Hiris nipis.
3. Kuah tadi tambah perencah sup, lada , garam , daun sup. Masak seperti masak sup biasa.
Cara buat minyak bawang putih
1. Cincang 1 labu bawang putih.
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih yang di cincang , goreng sehingga bawang kekuningan.
Cara buat kicap sambal kicap
1. Blend cili padi dan bawang putih gaul dalam kicap manis , perah limau kasturi. Ltk sedikit gula jika suka pedas Manis.
Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan.
Celur keoy teow dan toskan.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketika berada di rumah sejak PKPB tentu terasa ingin pergi ke kafe minuman untuk merehatkan minda atau berbual kosong dengan kawan-kawan.
Bagi ‘hantu’ kopi tentunya teringin minum kopi yang dibancuh oleh brista. Kepada yang mengidam sangat tu,apa kata cuba ikut cara lelaki ini, Abrar Idris. Pasti anda boleh buat sendiri rumah. Mudah aje.
Hanya menggunakan bahan yang mudah, bahan asas utama kopi dan susu pekat manis. Murah aje kan. Lelaki ini siap tunjuk skill bancuhan ala barista.
Jom lihat.
Making latte art versi jimat
1. French press 600ML – RM8.00 (DIY)
2. Pitcher 600ML – RM12.90 (Shopee)
3. Kopi sebuk 130g – RM2.30
4. Krimer manis – RM2.40
Boleh la nak bancuh 10-15 cup bergantung pada penggunaan susu. Saya guna satu sudu je untuk satu cawan.
Tak perfect tapi ada ghope. Ajer gemor nak bergaye
Saya masih baru lagi berjinak jinak dengan latte art ni. Lebih kurang sebulan dua try buat art berdasarkan pembelajaran melalui youtube dan igtv Walaupun tak secantik barista lain
Bahan-bahan:
Latte versi Cap Gantang: -1 sudu teh kopi cap gantang -20ml air panas -1 sudu besar susu krimer pekat -200ml air suam (60-70c) -frenchpress (FP) -pitcher
Menikmati bubur jagung paling sedap jika dihidang ketika minum petang, menu yang simple namun cukup membuka selera. Jadi jika ada jagung segar di rumah ketika ini, bolehlah anda menyediakan bubur jagung.
Pun begitu ada rahsianya untuk mendapatkan rasa kuah Bubur Jagung agar terasa jagung yang asli. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh tihiecikman di group Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM).
BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Kisar halus :
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
CARA MEMBUAT
1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2) Kisar halus jagung bersama 1 cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.
6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
*Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
Credit to : Suhaz Waniy
Olahan : tihiecikman
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.