Kehilangan anak yang disayangi nyata memberi kesan mendalam dalam hidup ibu dan ayah. Apatah lagi bila pemergian anak tersebut berlaku di depan mata tanpa kita sendiri mampu untuk membantu anak di saat yang sukar tersebut. Pun begitu, apa lagi daya yang boleh dilakukan oleh seorang ayah ini, bila mana anak yang sering menemaninya menemui ajal akibat diseret lembu sejauh 50 meter.
Ini sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, Raja Abdul Wafi, 6, maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
“Lembu itu sudah seperti rakan karib anak, dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu berkenaan,” luah Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29.
Lelaki itu adalah bapa kepada Raja Abdul Wafi, 6, yang maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk mengambil lembu peliharaannya.
“Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.
Gambar Hiasan : Photo by Lê Tân on Unsplash
Walau Sedih Namun Reda
“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain untuk melepaskannya, sementara dia dan Abdul Wafi akan mengikut dari belakang dengan motosikal.
“Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat Abdul Wafi sudah diseret lembu berkenaan, namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.
Ads
“Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh lari, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berlari dalam keadaan tali terbelit pada kaki Abdul Wafi.
“Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berlari dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri,” katanya sambil menahan sebak.
Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan kehilangan mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.
Merajuk Jika Tak Bawa
“Sejak kebelakangan ini Abdul Wafi begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan mengamuk serta merajuk.
Ads
“Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.
“Malah sehingga kini keadaan emosi isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung,” katanya sambil memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.
Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi meninggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan parah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.
Kejadian berlaku ketika mangsa ke lokasi kejadian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.
Bak kata peribahasa, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Nyata hampir terjadi kepada seorang ibu bersama anaknya dilapangan terbang. Mulanya dengan niat untuk membantu setelah ada seorang penumpang pesawat yang meminta pertolongan, tetapi setelah menyedari aksi penumpang pesawat mencurigikan, ibu bertindak pantas sebelum kejadian lebih buruk berlaku kepadanya.
Peristiwa yang dialami seorang ibu ini harus dijadikan iktibar bersama. Moga hati-hati dalam bertindak sebelum nasi menjadi bubur!
Sekarang musim orang bercuti, ada yang holiday kat dalam Malaysia saja dan ada yang kat oversea. Saya cuma ingin kongsikan satu peristiwa sewaktu di KLIA 2 ketika itu saya bersama anak perempuan saya, kami berdua berlegar2 sementara masuk ke balai pelepasan. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi peringatan kepada orang lain supaya sentiasa berhati2 daripada menjadi mangsa orang jahat yang sentiasa mencari mangsa .
Sedang kami berdua berjalan santai, jarak kami berdua kira2 beberapa meter anak perempuan saya di hadapan. Tiba2 seorang wanita dalam usia 30an menegur anak saya dengan ramah. Dia nak minta tolong katanya. Di tangannya ada satu beg kertas nampak berisi dua bungkus milo besar, katanya dia beli untuk anaknya, konon dia nak balik Indon. Gaya cakap pun orang sana.
Anak saya bersangka baik angguk tanda setuju tolong. Tolong pegang barangnya sehingga melepasi pemeriksaan imegresen.
Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpang lah orang lain.
Hampir ditipu
Bila saya hampiri wanita itu konon cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg. selain beg kertas tu jer!
Saya cakap dengan tegas, awak bawa sendiri barang awak, awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer ‘milo’ tu.
Saya tarik tangan anak saya dan ingatkan supaya jangan percaya pada sesiapa pun di airport kalau ada yang minta tolong simpan, bawa, barang mereka.
Kisah rakan jadi teladan
Teringat kes yang pernah dilalui oleh seorang rakan saya beberapa tahun lalu. Dia masuk tandas cuma 8 minit, bila keluar anak perempuannya yang berusia 7 tahun sedang bermain patung beruang diberi pinjam salah seorang wanita di sebelahnya ketika sama2 nak naik flight di KLIA.
Kerana bersangka baik dia membiarkan anak kecilnya itu bawa anak patung itu sehingga tiba pemeriksaan imegresen….igauan ngeri pun berlaku.
Ada dadah dalam patung itu, dan wanita yang bertanggung jawab berkenaan hilang entah ke mana. Beliau di tahan, di bawa ke bilik pemeriksaan disiasat sampai pagi kena tanya macam2.
Dipendekkan cerita masuk mahkamah atas tuduhan memiliki dadah sekian2 banyak. Nasib baik lepas disebabkan campur tangan orang tertentu. Tapi kes selesai dengan bayar denda yang boleh tahan banyak , kalau tak tali gantung lah jawabnya.
Berhati2….jangan jadi seperti pelanduk yang sering kali melupakan jerat. Kalau dah terkena…..Allah saja yang tahu silap2 tak pasal masuk lokap hanya kerana sikap cuai ! Jangan sampai suka bertukar duka, tawa berganti air mata. Musuh mana ada hati budi ya! Ingat, jangan memandai2 tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali.
Simpan sedikit prasangka tu….ia kadang perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!
Moga perkongsian puan Latifah ni menjadikan kita semua lebih berhati-hati. Beringat sebelum terkena.
Sumber FB: Latifah Mohammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sungguh menarik perkongsian daripada penyanyi Nur Heliza Helmi di bulan Ramadan ini yang telah memuat naik sepotong video yang melihatkan suasana orang ramai mengelilingi Kaabah.
Dalam pada itu, beliau juga menyatakan mengenai perbandingan kala sambutan suasana Ramadan di Mekah dan Malaysia, skhususnya sebelum waktu berbuka puasa.
Katanya, amalkan doa ringkas sebelum doa berbuka puasa mengikut hajat masing-masing. Sungguh bermanfaat perkongsiannya.
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur
Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja….. boleh diubah mengikut hajat masing
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman 2. Sihat tubuh badan 3. Mati yang baik. 4. Murah rezeki. 5. Anak soleh. 6. Keluarga bahagia. 7. Rahmat Allah. 8. Jauh azab kubur. 9. Lapang dada. 10. Kekalkan iman. 11. Ampunkan dosa. 12. Anak2 berjaya. 13. Perniagaan yg diberkati. 14. Jauhi segala penyakit. 15. Ibadat diterima. 16. Mudah segala urusan. 17. Diterima taubat. 18. Lapangkan kubur. 19. Mudah bayar hutang. 20. Lailatulqadar. 21. Syafaat Nabi SAW. 22. Syurga Firdaus. 23. Jauhi neraka. 24. Terima kitab tgn kanan. 25. Selamat meniti Sirat. 26. Selamat fitnah Dajal. 27. Ketenangan hati. 28. Doa ibubapa. 29. Keluarga yg dirikan solat. 30. Diterima puasa Ramadhan
Nampaknya ramai yang berpuas hati dengan penampilan baru watak permainan video Sonic berbanding tahun lalu semasa pertama kali mereka mengumumkan untuk difilemkan.
Individu zaman 90an semestinya mengenali watak si kecil landak biru ini terutamanya bagi yang gemar bermain permainan video seperti playstation, nintendo dan gameboy. Jom kita kembali ke masa silam dengan menonton watak dari kartun animasi SEGA kegemaran ramai ini di pawagam pula!
Filem Sonic The Hedgehog arahan Jeff Fowler ini mengisahkan tentang Sonic, seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan makhluk asing yang tinggal di sebuah planet dan dibesarkan oleh Longclaw ( seekor burung hantu).
Oleh kerana Sonic mempunyai kuasa luar biasa, dia diburu dan terpaksa melarikan diri ke planet lain untuk menyelamatkan dirinya menggunakan gelung emas pemberian Longclaw.
Ketika tinggal di bumi, Sonic telah menimbulkan satu kekecohan menyebabkan kewujudannya dihidu oleh penjahat Dr.Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.
Setelah merasakan dirinya diburu, Sonic berkenalan dengan Tom Wachowski iaitu seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, dan bekerjasama untuk menentang Dr. Robotnik.
Agaknya, kuasa apa yang dimiliki oleh Sonic sehingga dia perlu melarikan diri setiap kali diburu? Berjayakah Sonic menyelamatkan diri? Nak tahu, jom ramai-ramai ajak keluarga dan kawan-kawan untuk saksikan kehebatan Sonic bermula 13 Februari!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun anak sudah semakin membesar, namun kita sentiasa perlu beringat. Usah dilupakan senarai ubat-ubatan bila memilih untuk bercuti atau travel dengan anak-anak, terutamanya ketika bercuti ke luar negara.