“Lembik Teruk. Diri Pun Tak Larat. Minum Je Muntah.” Anak Masuk Hospital, Haziq Fobia

Share

Siapa yang tidak risau apabila anak tersayang dijangkiti penyakit. Jika anak sebelum ini aktif, tetapi disebabkan kesihatan yang merosot menyebabkan aktiviti anak-anak terganggu.

Bagi ibu bapa, tentunya situasi yang dialami oleh anak menyebabkan hati tidak menjadi keruan. Lebih lagi anak masih kecil.

Beberapa hari lalu anak Penyampai Hot FM

, Haziq Hussni iaitu Heidy Nufael, yang hampir mencecah satu tahun telah dimasukkan ke wad akibat muntah dan cirit- birit sehingga dihydrate. Malah menerusi perkongsiannya, beliau melahirkan rasa kerisauan dan fobia mengenai kesihatan anak sulungnya itu. Lebih-lebih pengalaman lalu anaknya  Chayra pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit batuk kokol.

Aku fobia betul bila anak sakit ni sbb Chayra Auliya dulu berapa lama batuk kokol dia tu kan. Td Heidy muntah & cirit non stop smp taik yg keluar pun warna cantik mcm air kencin. Dah dehydrated. Lembik teruk. Diri pun tak larat. Sbb dia makan je yakyak. Minum je muntah. Doc kata nasib baik cpt dtg hosp sbb dia dah nak kering dah. And now tgh masuk air n kumpul balik tenaga. Nak membesar kan. GWS sayang & Stay hydrated guys!

Bapa penyanyang

Seorang bapa yang penyayang. Walaupun sibu dengan kerja, beliau sempat membuat  video call ketika anak berada di hospital.

Anak daddy

Semoga anak Haziq Hussni kembali sihat dan dijauhkan segala penyakit.