‘Lemas’ Dalam Udara Jerebu, Ustaz Ni Sarankan Ramai-ramai Beristighfar. Kerana Ucapan Itu Sangat Istimewa!

Share

Situasi berjerebu yang belum pulih sepenuhnya ini tentu membimbangkan kita sebagai ibu ayah. Apatah lagi disebabkan jerebu ini kesihatan keluarga kita terganggu, ada yang batuk, selesema, lelah, kegatalan dan sebagainya. Semahunya kita berharap agar masalah jerebu ini segera dapat diselesai sepenuhnya bila turunnya hujan.

Lantaran itu, selain usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu dengan melakukan pembenihan awan. Molek kiranya kita juga sama-sama berusaha dan berdoa agar situasi ini kembali pulih sepenuhnya dengan cara yang dikongsikan di akaun facebook Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, diharapkan semua antara kita dapat lakukannya untuk kebaikan bersama.

MENGHILANGKAN MASALAH JEREBU

Jerebu ni boleh hilang dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan hujan. Persoalannya bagaimana nak hujan turun?

Selain usaha pembenihan awan, al-Quran mengajarkan langkah yang paling mujarab untuk bagi hujan turun iaitu dengan memperbanyakkan ISTIGHFAR.

Ilmu ini diambil terus dari Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10 hingga 12 yang bermaksud, ” Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai.”

Maka perbanyakkanlah beristighfar…

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Ye, betul. Kalau kita semua pakat-pakat ramai-ramai ucap istighfar, insyaAllah hujan akan turun dengan banyaknya.

Bila hujan turun, hilanglah jerebu ini. InsyaAllah.

Istighfar ni bukan saja boleh menurunkan hujan, tapi ada lagi 4 khasiat yang sangat istimewa :

Kalau kita nak kaya, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menambahkan harta benda kita.

Kalau kita nak anak, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan meramaikan anak pinak kita.

Kalau kita nak tanaman kita tumbuh dengan subur, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menumbuhkan tanam-tanaman kita dengan subur.

Kalau kita di musim kemarau pula, sungai mungkin kering, maka banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, sungai akan kembali mengalir.

Jom kita amalkan istighfar, tidak kira masa, tidak kira ketika. Jadikan ia wirid di bibir kita.

Masa kemas rumah, istighfar. Masa memasak, istighfar. Masa drive, istighfar. Masa main, istighfar. Masa berehat, istighfar.

Kalau kita tak dapat pun 5 kelebihan istighfar seperti yang saya tulis di atas, sekurang-sekurangnya, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.

Bukankah istighfar itu permohonan ampun?

Oleh : Hamba Allah

 

sumber : Ustaz Iqbal Zain