Situasi berjerebu yang belum pulih sepenuhnya ini tentu membimbangkan kita sebagai ibu ayah. Apatah lagi disebabkan jerebu ini kesihatan keluarga kita terganggu, ada yang batuk, selesema, lelah, kegatalan dan sebagainya. Semahunya kita berharap agar masalah jerebu ini segera dapat diselesai sepenuhnya bila turunnya hujan.
Lantaran itu, selain usaha yang dijalankan oleh pihak tertentu dengan melakukan pembenihan awan. Molek kiranya kita juga sama-sama berusaha dan berdoa agar situasi ini kembali pulih sepenuhnya dengan cara yang dikongsikan di akaun facebook Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, diharapkan semua antara kita dapat lakukannya untuk kebaikan bersama.
MENGHILANGKAN MASALAH JEREBU
Jerebu ni boleh hilang dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan hujan. Persoalannya bagaimana nak hujan turun?
Selain usaha pembenihan awan, al-Quran mengajarkan langkah yang paling mujarab untuk bagi hujan turun iaitu dengan memperbanyakkan ISTIGHFAR.
Ilmu ini diambil terus dari Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10 hingga 12 yang bermaksud, ” Maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai.”
Ads
Maka perbanyakkanlah beristighfar…
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
Ye, betul. Kalau kita semua pakat-pakat ramai-ramai ucap istighfar, insyaAllah hujan akan turun dengan banyaknya.
Bila hujan turun, hilanglah jerebu ini. InsyaAllah.
Istighfar ni bukan saja boleh menurunkan hujan, tapi ada lagi 4 khasiat yang sangat istimewa :
Ads
❤ Kalau kita nak kaya, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menambahkan harta benda kita.
❤ Kalau kita nak anak, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan meramaikan anak pinak kita.
❤ Kalau kita nak tanaman kita tumbuh dengan subur, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menumbuhkan tanam-tanaman kita dengan subur.
❤ Kalau kita di musim kemarau pula, sungai mungkin kering, maka banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, sungai akan kembali mengalir.
Ads
Jom kita amalkan istighfar, tidak kira masa, tidak kira ketika. Jadikan ia wirid di bibir kita.
Masa kemas rumah, istighfar. Masa memasak, istighfar. Masa drive, istighfar. Masa main, istighfar. Masa berehat, istighfar.
Kalau kita tak dapat pun 5 kelebihan istighfar seperti yang saya tulis di atas, sekurang-sekurangnya, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.
Kalau sudah jodoh tidak kemana. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pasangan selebriti, Sabri Yunos dan isterinya, Angeline Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan Yoke Yeah yang mengikat tali cinta pada Sabtu lalu.
Akui Angeline, suaminya adalah orang yang paling banyak mengajar dan mendedahkannya dengan ajaran Islam, meskipun sudah mempunyai sedikit pengetahuan agama melalui rakan-rakan.
“Saya terbuka hati memeluk agama Islam kerana Sabri banyak mengajar saya mengenai agama ini.
“Apabila berkawan dengannya, banyak dia ajar dan bimbing. Saya kagum tengok cara dia mengajar, dia guru pertama saya, ” katanya berkongsi.
Malah menurut Angeline lagi, suaminya itu bukan sahaja penyayang bahkan dia seorang lelaki yang ikhlas sejak mengenalinya lebih 30 tahun lalu.
“Sebenarnya kita tak rancang tetapi persahabatan yang terjalin sejak dulu bertukar menjadi sayang. Perasaan itu datang secara semulajadi.
“Semua yang baik ada dalam diri Sabri. Dia ikhlas, penyayang, prihatin dan paling penting boleh bimbing saya ke arah yang lebih baik,” luahnya lagi.
Angeline yang mengucap kalimah dua syahadah pada 26 September lalu di Kelantan disatukan bersama Sabri Yunos pada 14 Oktober lalu di Perlis.
Tambah Angeline lagi, dia bersyukur hasratnya untuk memeluk Islam dan sekaligus mengahwini Sabri mendapat sokongan baik dari dua anaknya dan keluarga.
“Alhamdulilah keluarga termasuk anak-anak terima dengan baik jadi saya perlu tunjuk contoh yang baik kepada mereka,” katanya lagi.
Asyik makan ayam dengan daging sahaja Syawal ni jemu juga kan. Nak menu yang mudah cepat disiapkan pastinya sardin yang jadi pilihan kan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi tip cara buat Sambal Sardin yang mudah,cepat tapi super sedap. Biasanya sambal dibuat menggunakan cili kisar kan, tetapi resipi ini menggunakan serbuk cili
Pertama kali cuba masak guna serbuk tu waktu banjir tu la, hasilnya memang sedap sangat, makan pula beramai-ramai. Hari pertama memang masak sardin je la. Takde cili kering apatah lagi blender, jadi Saya guna serbuk cili untuk menumis.
Harini saya nk cuba masak guna serbuk cili sebab teringat-reingat rasa dia dikala harini dengar perkhabaran beberapa daerah di Pahang mula dinaiki banjir.
Doa saya semoga semuanya selamat dan banjir tidak berlarutan.
Bahan paling mudah disediakan dan cepat. Ikan Sardin 1 tin, 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, beberapa tangkai cili api dan paling penting serbuk cili babas.
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Cili hijau tu biarkan je, saya campak akhir sekali ke dalam masakan.
Bancuh serbuk cili dengan air. Pastikan betul-betul sebati ya.
Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang. Ni kalau ada hirisan halia ni lagi wangi ni.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan 1 sudu serbuk kunyit. Kacau sehingga pecah minyak.
Dah pecah minyak, boleh masukkan ikan dari dalam tin. Masukkan sedikit air untuk lembap dan 1 asam keping. Biar masak lama sikit untuk hilang hanyir ikan. Akhir sekali perasakan dengan garam. Saya campak cili hijau utk rasa picit-picit masa makan dengan nasi nanti.
Siap, dihidangkan bersama telur dadar dan ulam pucuk bayam brazil. Selamat mencuba.
Semalam negara kita, Malaysia telah menyambut Hari kemerdekaan yang ke 66 tahun dengan sangat meriah! Sehingga ke hari ini, pelbagai video dan konten menarik tentang sambutan hari tersebut menjadi bualan dan perkongsian ramai.
Tidak kurang hebatnya buat sebuah video ini yang tular, memperlihatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya untuk menyapa seorang kanak-kanak yang mengenakan busana unik di acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai.
Seri Paduka kemudian turun dari kenderaan selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan.
Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Ammara itu dilihat mengenakan busana gaun labuh yang dihiasi beberapa akseseori seperti tiara di atas kepalanya dan bunga raya di bahagian bajunya menggunakan elemen bendera Jalur Gemilang yang terdiri daripada warna biru, merah, putih dan kuning.
Dalam video sama, Seri Paduka turut perkenan untuk merakam beberapa gambar bersama Ammara.
Malah, Seri Paduka sempat menunjukkan reaksi terkejut selepas pengiringnya memaklumkan Ammara pernah tular di media sosial.
Sebelum ini, kisah Ammara pernah tular di media sosial apabila dia telah dimarahi oleh gurunya di sekolah ketika sambutan Hari Kemerdekaan.
Difahamkan, Ammara dimarahi kerana mengenakan solekan ketika hadir ke sekolah. Bukan itu sahaja, guru tersebut turut bertindak membersihkan solekan pada wajahnya dengan menggunakan kain.
Malah, bapa kepada Ammara yang dikenali sebagai Shazliey mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai menyifatkan momen Ammara bertemu dengan Seri Paduka sebagai ganti kepada kesedihannya. Dalam masa sama, wargamaya turut menumpang gembira melihat wajah ceria yang ditunjukkan Ammara.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.