Lemak Ayam Boleh Rawat Lecur, Betul Ke? Ni Caranya Ikut Petua Orang Lama!

Share

Pernah dengar atau tahu tak, lemak ayam boleh kurangkan rasa keperitan akibat terkena minyak panas? Yang first time tahu tu sama la geng macam min!

Kalau nak tahu, minyak lemak ayam ini merupakan kaedah yang digunakan oleh orang dulu-dulu. Berjaya atau tidak, ia tidak salah untuk anda mencubanya. Jom tengok petua dan cara penyediaan minyak lemak ayam dari Puan Nik Azmawati di bawah!

Assalamualaikum, saya hanya nak kongsi petua arwah nenek saya hari ini.

Ini hasil minyak yang keluar dari lemak ayam. Saya dan keluarga memang simpan minyak ini. Andai tangan atau bahagian badan kita terkena minyak panas atau terpegang benda panas, cepat-cepat celup atau sapu minyak lemak ayam ini.

Insha Allah, dengan izin-Nya rasa perit atau melecur itu hanya sekejap saja. Semoga bermanfaat kepada ibu-ibu semua ya.

Cara penyediaannya:

  • Kumpulkan lemak-lemak ayam dengan banyak.
  • Kemudian panaskan kuali tanpa letak minyak masak.
  • Setelah kuali panas, masukkan lemak ayam tadi ke dalam kuali.
  • Minyak dari lemak ayam akan keluar dengan sendirinya dan boleh tutup api.
  • Selepas itu, biarkan ia sejuk sebentar.
  • Anda boleh simpan minyak lemak ayam itu di dalam botol atau bekas yang bersesuaian. Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk.

Apabila ia dah lebih setahun boleh sahaja buat minyak baru dan simpan. Kalau nak tahu baunya sedikit tengit apabila disimpan lama. Insha Allah masih mujarab. Selamat mencuba!

Meninjau di ruangan komen, ramai warga netizen berkongsi cerita bahawa orang-orang tua dalam keluarga mereka ada juga mengamalkannya. Ternyata dari pengalaman mereka, minyak lemak ayam ini berupaya merawat keperitan minyak panas.

Malah, selain dijadikan minyak untuk merawat lecur, ia juga boleh digunakan ketika memasak nasi goreng. Khabarnya, nasi goreng akan menjadi sangat enak! Mungkin pembaca juga boleh mencubanya.

Biarpun begitu, penulis ingin menasihatkan para pembaca untuk tidak lupa mendapatkan rawatan doktor terlebih dahulu sekiranya anda cedera. Minyak lemak ayam ini anda boleh guna sebagai kaedah lain untuk membantu kecederaan pulih.

Sumber : Facebook Nik Azmawati via sirap limau