Berita

Lelaki Warga Emas Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Ditemui Terbakar, Ada Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga

Share

Lelaki warga emas hilang lebih dua minggu, kereta ditemui terbakar, ada pindahan wang ke akaun pihak ketiga. Keluarga warga emas yang hilang sejak 3 September lalu percaya lelaki berkenaan Sabari Baharom,62, masih hidup dan dilarikan individu tidak dikenali.

Lelaki Warga Emas Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Ditemui Terbakar, Ada Pindahan Wang Ke Akaun Pihak Ketiga

Anak bongsu mangsa, Muhammad Amir Hakimi Sabari,25, berkata, ini kerana mereka telah mengenal pasti berlaku pemindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank seseorang tidak dikenali dengan jumlah yang agak besar.

“Pemindahan wang itu berlaku pada 4 dan 5 September. Kemudian selepas pihak polis meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang wanita tempatan yang melakukan transaksi berkenaan.

“Kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah dengan ayah, jadi saya tidak rasa ayah bawa diri atau merajuk, kes ayah saya sekarang sudah dikategorikan sebagai kes jenayah,” katanya.

Menurutnya, andaian mereka itu dikuatkan lagi apabila menemukan kereta Proton Waja milik Sabari dalam keadaan hangus terbakar di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik pada Jumaat.

“Peliknya ayah tak ada dalam kereta itu. Jadi saya yakin ayah dilarikan seseorang,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian pada malam 3 September lalu, Muhammad Amir berkata, ayahnya yang merupakan seorang pesara Pegawai Kanan Kewangan dipercayai keluar berjumpa rakannya menaiki kereta Proton Waja berwarna emas (KBP 5778).

“Mereka pergi berurut sebelum singgah makan di sebuah kedai dan pulang ke rumah bertempat di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.

“Bagaimanapun, keesokan harinya ayah gagal dihubungi, kali terakhir keluarga berhubung dengannya pada siang hari kejadian sahaja,” katanya.

Amir yang juga anak bongsu daripada tiga beradik berkata, dia merayu kepada individu berkenaan agar pulangkan ayahnya.

“Tinggallah ayah saya di masjid atau tepi jalan sekali pun, saya akan pergi ambil ayah. Saya tak nak kes kehilangan ini berakhir seperti kes-kes sebelum ini yang bertahun-tahun tidak dapat dijumpai,” katanya.

“Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang ayahnya, diminta menghubungi keluarga di talian 019-523 0287 (Amir) atau 0111-0408552 (Muhaimin),” katanya.

Sabari bergambar bersama anak-anak dan menantunya.

Terdahulu, berita kehilangan Sabari itu dikongsikan sendiri oleh anaknya @syilla_syilla menerusi beberapa hantaran di aplikasi Instagram.

Dalam perkembangan terbaharu, @syilla_syilla turut memaklumkan kereta milik ayahnya telah dijumpai dalam keadaan ‘total lost’ dan terbakar di sebuah tempat pembuangan sampah.

“Kereta ayah dah ditemui. Kereta dibakar. Area Pulau Belatik. Tapi ayah tak ada dalam kereta,” katanya.

Baca artikel lain juga: Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun Ditemui Selamat Selepas Dilaporkan Hilang

Empat Hari Hilang, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali!

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

IKLAN